January 19, 2015

Kelab Ibu Bapa SMK Cyberjaya

Diari 19/1/2015

masih baru dengan dunia sekolah menengah
masih mencari dan teraba-raba akan aktiviti dengan para ibu bapa
mujur allah swt pertemukan dengan kak azima
beliau juga mempunyai anak yg sekolah di situ dahulu
sekarang anak beliau sudah berpindah ke sekolah lain
selepas keputusan PT3
walaupun anak beliau sudah tidak bersekolah disini
tapi beliau masih menyumbang untuk SMK Cyberjaya
beliau jugalah yang memperkenalkan dengan group PIBG SMK Cyberjaya

waktu tengahari tadi menjenguk ke Surau SMK Cyberjaya
berkenalan dengan volunteer yang terdiri dari para ibu bapa
orang kuat yang menjadi volunteer dan mengambil tahu akan kepentingan persekitaran sekolah
sebahagian dari mereka adalah kak tini, kak nurul, kak flora, encik bani dll

beberapa hari yang lalu mereka merancang untuk membersihkan surau
dan mengutip derma dan sumbangan seperti sejadah, telekung dan lain-lain daripada ibu bapa
untuk keselesaan anak-anak bersolat di surau SMK Cyberjaya & SK Cyberjaya
sekolah ini share surau yang sama

moga ukhwah ini berpanjangan, insyaallah


12 comments:

Kakcik Seroja said...

Mudah2an ukhwah itu terjalin dengan baik dan berpanjangan... :)

paridah said...

PERLU BERGIAT DLM pibg JIKA ADA ANAK2 YG SEKOLAH...

Zaitun said...

Itulah yang sebaik2nya aktif dalam PIBG melibatkan diri dengan apa saja aktiviti yang dilakukan disekolah anak2.

Tengkubutang said...

wah.. bagus ada gak volunteer sudi beri sumbangan tenaga.. alhamdulillah

nuyui a.k.a miss YUI said...

InshaALLAH..aamiin..

Dunia Zumal said...

Wah, ade kelab ibu bapa yer... Terbaik ^-^

LYAfrina said...

insyallah..
mmg bgus sgt ditubuhkan kelab mcm ni disekolah

Jari Manis said...

bagus juga ada kelab seperti ini

Najib Ariyan Ali Basha said...

Alhamdullilah... berkat lah hidup memasing yg menyumbang apa yg boleh untuk keselesan orang lain beribadah...

wardahannesa said...

insya allah :)

Lya Akif Imtiyaz said...

InsyaAllah ..Moga2 ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan hendakNYA... Mama Myja,Lya dah letak blog ni kat BLOGLIST AWESOME BLOGGER LYA ..Hehehe Tq Mama Myja letakkan blog Lya dalam Bloglist Mama Myja..Moga persahabatan kita akan berkekalan hendakNya.

Lya Akif Imtiyaz said...

InsyaAllah ..Moga2 ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan hendakNYA... Mama Myja,Lya dah letak blog ni kat BLOGLIST AWESOME BLOGGER LYA ..Hehehe Tq Mama Myja letakkan blog Lya dalam Bloglist Mama Myja..Moga persahabatan kita akan berkekalan hendakNya.