January 9, 2015

Elsa @ Pergi Tak Kembali

Jumaat 9 Januari 2015.
 

Sekali lagi kami kehilangan kucing kesayangan - Elsa.
  • Pertama kali kehilangan 19 November 2013, jam 3.50 petang, kami kehilangan Mei Mei beliau mati diklinik.
  • Kali Kedua  26 November 2014, jam 8 malam, kami kehilangan Lilo, beliau mati dirumah.
  • Dan hari ini 9 Januari 2015, kami kehilangan Elsa, beliau juga mati dirumah

Waktu lunch balik ke rumah tadi, balqish terus beritahu mama, Elsa dah mati. Perut dia tak gerak-gerak...dia tak pandai nak sebut 'bernafas' maka dia kata perut tak bergerak dah, badan dah keras ma.

Masuk rumah tengok Elsa dah keras :( rasanya Elsa dah lama mati dalam beberapa jam yang lalu. Pagi tadi masih bernafas tapi kondisinya tak berapa bagus, pantas betul virus membunuh Elsa. Malam tadi dalam pukul 9 malam Elsa nampak tak sihat, pagi ini dah tak ada, baru plan nak bawak dia pergi klinik. Badan dah keras, nak luruskan kaki tangan pon tak boleh dah. Budak bijak ni selalu aja berebut ke toilet, suka pergi toilet mama dan papa mcm jugak 3 beradik tu. Padahal toilet lain dalam rumah ni pon ada, nak juga masuk toilet mama. Elsa dan Ana memang dah di ajar buang air dan besar dalam toilet, kalau lepaskan dekat luar mereka akan masuk buang air & besar dalam toilet tak pandai nak pergi korek-korek dekat tanah.

Sekarang ni anak-anak bulus memang ada yang tak sihat, bermula dari atam, tommy, lepas tu oyen
atam dah sihat, tommy belum berapa kebah lagi, oyen pon masih pening-pening asyik tidur jerk.

dan sekarang Elsa pulak yang menjangkit, sampailah dia mati..budak kecik yg bijak tu...kematian Elsa terlalu pantas, sama juga seperti Lilo. Tak menampakkan sakit, malam tadi baru tengok dia tak aktif, pagi tadi dia  dah tak ada.

Dak Ana pulak hilang entah kemana, semalam juga dia hilang.

Elsa dalam memori :(

sehari sebelum kena demam, depa main kumbang tanduk dekat dapur
dak elsa dalam bakul pink, ana kat hujung kotak. abang-abang tengok jerk

tommy yg masih tak larat


8 comments:

paridah said...

kesian kucing comel ni dh tiba akhir hayatnya...kucing2 yg kita syg selalunya akn hlg n cepa hbs usianya...bersabar ya.

Zaitun said...

Kesian Elsa.

Dulu kak zai bela kucing dan arnab tapi semuanya mati. Sekarang dah nalas nak jaga.

Ana Jingga said...

Allahu Akbar, Mieja rasanya virus inilah juga yang menjadi penyebab kematian Jingga,Tamcik dan Bunga kak ana, sama simptonnya, badan mereka lemah tiba-tiba langsung tak bergerak dan tak lalu makan,kemudian pergi selamanya.Kak ana faham sgt apa yg Mieja rasa kerana kak ana juga pernah kehilangan mereka...sabarlah adikku..mereka tinggalkan kita dengan kenangan indah dan pahala bekalan di sana nnt.In Shaa Allah..

Kakcik Seroja said...

Virus apakah agaknya yang menyerang mereka?

Shad said...

Sedihnyaaa..
Sudah tiba masanya..

εïзmmyHazaεïз said...

(╥﹏╥) kesiannye kushen akak mieja...

TukangKebun said...

Hopefully yang lain back bouncing good.
Take Care.
Kami pun tadi baru je terjumpa bangkai mayat ayah tigger.
Puas mencari dari semalam mana datangnya bau yang tidak menyenangkan.

OKje said...

Virus apa agaknya yek Amizaa....tetiba gitu....sedihnya lahai. Comey jer tengok depa main kumbang tu...hiji