January 28, 2015

Beli Pakaian Beruniform@ Kadet Bomba

Masih berada di diari hari sabtu 24-1-2015
lepas balik dari sekolah bergotong royong
lewat petang sabtu  ke KL pulak.
Destinasi pertama ke Wisma OCM untuk collect t-shirt & bib.
Hari ahad kami akan menyertai Cross Country 2015 di Padang Merbuk, KL

Selepas selesai registration untuk event esok 25-1-2015, ambil t-shirt dan bib. Kami terus ke Pertama Complex. Misi untuk membeli pakaian beruniform untuk Allysha. Kadet Bomba, cikgu telah menetapkan untuk pakaian beruniform,  so terpaksa akur jerklah dengan pemilihan yang cikgu dah buat, tak boleh nak pilih ikut citarasa masing-masing.

 
Ke Pertama Complex, kami ke kedai Uni Karisma Dagang. Tak survey harga pon, sebab tak cukup masa. Jumpa kedai jual pakaian beruniform terus jerk masuk, masa kami sampai tak ramai sangat pelangan beliau, tapi semakin lama semakin ramai yang datang. Kepada yang masih tercari-cari untuk pakaian beruniform anak-anak untuk sekolah rendan dan menengah bolehlah datang ke kedai ini. Rasanya harga pon berpatutan.

Tokeh ni buat kerja sorang...macam lipas kudung dia melayan pelanggannya.

semua ada....syiokkkk pulak tengok :)

Allysha beli seluar, baju dan aksesori semuanya RM166.00 Seluar RM80 sehelai, begitu jugak dengan Baju. T-shirt Bomba RM20 sahaja.



14 comments:

fazian batrisyia said...

skrg tak boleh pilih kot...nanti tak balance dgn jumlah pelajar. dulu sekolah men sy ada peluang pilih...sy pilih kadet bomba. mmg best merasa la buat kawad hose. Tp berat la nak gulung hose lps guna tu kan...mmg menyeronokkan.

paridah said...

DAH DPT APA YG DICARI BAGUSLAH...

anajingga said...

samalah kak ana Mieja, smlm pun beli baju ko-ko kadet remaja buat anak, dah tak muat seluarnya.. :)

εïзmummyHazaεïз said...

nnt akak post gambar anak2 beruniform ya.. Mesti comel

Dah lama x ke Pertama Komplex. Dulu tempat dating tu, kikiki

babYpose said...

aktiviti beruniform ni rasa real, tak yah ke kidzania dah :))

Kathy R'bain said...

Assalam..kathy datang jenguk entri GMBMians.. :)

suka suka said...

anak akak tahun lepas pakai kelab lain .. tahun ni putri Islam.. rasa macam membazir beli satu set lengkap tahun lepas .. pakai sekejap je.. kena let go nanti tu..

Zaitun said...

Kak zai pun dah lama tak ke Pertama Complex. Dulu selain dating hehe... suka beli jeans.

Maria Firdz said...

Owh...x blh pilih... Sekolah kami pelajar boleh pilih sndiri utk tgkatan satu...pastu kekal smpai tgkatan lima..

hainom OKje said...

Mmg mahal baju koko ni. Si anak okje pun belum tercari baju dia.

Jari Manis said...

baju uniform skrg ni mahal kan..JM beli utk adik uniform pengakap termasuk all aksesori RM150..almost nk pitam belum kira t-shirt lagi huhuh

Kayu Manis said...

jauhnya ke pertama komplek...tempat kerja knor dulu2..nostalgia tu..
selamat beruniformlah lps ni ye..tentu segak bergaya

Unknown said...

ada wat posting x... huhuhu... sy nk beli...

Unknown said...

ada wat posting x... huhuhu... sy nk beli...