January 16, 2015

Allysha & Kelas Rancangan Khas (KRK)

Diary Allysha & KRK 16-01-2015

Hari ini keputusan untuk permohonan Kelas Rancangan Khas (KRK) diumumkan
apa itu KRK? KRK adalah Kelas Rancangan Khas untuk  mereka yang tidak ke SBP.

Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah menengah harian sebagai satu alternatif kepada murid-murid lepasan UPSR dari sekolah sekolah kerajaan yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam kokurikulum tetapi tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Untuk rujukan boleh ke lama web Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Untuk para ibu bapa yang ada anak-anak akan mengambil UPSR tahun ini, maka dah boleh study untuk kemasukan MRSM, SBP, Sekolah Kawalan (SMKA, SAA, SABK KRK) Sekolah Seni Malaysia. 
Ramai tak berapa peka dengan sekolah seni malaysia, bagi saya kepada yang ada anak berminat dalam seni, boleh galakkan mereka ke sekolah ini. Pembelajaran sama cuma subject seni akan di selitkan mengikut minat mereka, permintaan untuk ini sangat tinggi, tak semestinya ke sekolah seni akan pegang gitar atau jadi pelukis jalanan.....silap sama sekali.....mereka boleh menjadi ahli profesional dalam bidang yg di iktiraf di Malaysia, dan Malaysia juga kekurangan pakar dalam bidang ini. saya dikelilingi oleh org-org seni profesional malaysia, maka sedikit sebanyak saya nampak jalan ke arah bidang yg sangat luas ini. Mereka yang akan kesekolah ini juga perlu menjalani interview seperti SBP & MRSM.

hari ini memang langsung mama tak ingat keputusan KRK akan diumumkan, sebelum ni hari-hari rasa mcm lambatnya keputusan KRK nak keluar....tak sabar sangat nak tahu keputusannya.
allysha balik jerk dari sekolah terus beritahu, mama ichaa dah pindah kelas
sekarang ichaa dekat kelas KRK B, sebelum ni allysha dekat kelas 1C1
Kelas KRK ada 2 kelas (KRK A & B), Kelas harian biasa ada 4 kelas (1C1,1C2, 1C3 & 1C4).

kalau ikutkan hati, rasa dah tak kisah pun allysha masuk kelas mana-mana pun
kalau ikutkan semua nak yang terbaik untuk mereka
sebab dah habis frust, SBP memang tak dapat dan memang tak buat rayuan
harapan sebelum ni memang bergantung harapan dekat KRK
tapi bila check online allysha tak tersenarai
dan kami kena mohon, application form akan di bawak ke mesyuarat
results juga akan tersenarai pada 16/1/2015 sekiranya berjaya

sebelum ni dengar anak kawan-kawan yang berlainan negeri semua dapat secara automatik
manalah tak rasa frust, yg dapat 3A pon boleh dapat KRK, pelikkan
bagi saya memang rasa pelik, sebab dekat sini terlalu berlumba-lumba utk mendapatkan KRK
bila mengadu dekat papa, papa kata jangan samakan sekolah bandar
dan  sekolah luar bandar, pencapaiannya tak sama.
kalau luar bandar mungkin 5A tak ramai, 4A tak ramai maka chances utk
3A dapat KRK adalah tinggi, wallahualam...


sebelum dapat result KRK
ada tanya dekat allysha, allysha kalau dapat KRK nak masuk ke tak?
ichaa tak kisah mama, kawan ichaa anak cikgu pon tak apply
emmmm ok....tak perlah kalau allysha dah redha


hari ini keputusan dah pun keluar
allysha tersenarai untuk ke kelas KRK, syukur terpilih
masih ramai lagi yang tak terpilih walaupun dapat result yang sama
semua kena berlumba-lumba untuk mendapatkan yang terbaik


untuk allysha, manafaatkan apa yang diperolehi
mama dan papa masih tercari-cari apakah minat awak utk masa depan
kalau dah tahu minat ke arah mana
dah senang nak di bentuk, di gilap dan dididik

tak boleh nak paksa jugakkan, biarlah mereka belajar apa yang mereka minat
yang penting dunia dan akhirat perlulah seimbang

loves,
MAMA & PAPA


10 comments:

Ana Jingga said...

teruskan beri sokongan buat anak-anak mieja, all the best buat Allysha walau dimanapun destinasinya :)

Min Aina Ila Aina said...

Dah lama sangat tinggalkan zaman persekolahan, dah macam-macam perubahan. Anak pulak belum sekolah lg.

Apapun, good luck icha. Walau di mana pun, rajin, disiplin dan kerja keras juga yang menentukan kejayaan kita. Dengan izin Allah.

insan marhaen said...

Pengalaman saya mengatakan bahawa, bukan kelas mana yang menentukan kejayaan masa depan anak kita.

Kalau pun dia gagal exam hari ini, dia mungkin cemerlang exam hari esok...

Nani said...

salam ziarah...tahniah Allysha terpilih ke KRK, semoga dia gembira di sana...

Unknown said...

Biar anak-anak belajar apa yang mereka minat kan sis.

Macam saya dulu study accounts tapi minat bisness.

Lucky 2 bidang ni related antara satu sama lain..hihi

imm said...

owhh ada macam tu ye skang..adik bongsu imm dah besar, so kami dah xtau sgt sistem sekolah menengah sekarang camane hihih..

ichaa good luck ye.. sek menengah dah x sama dengan sek rendah ☺

Najib Ariyan Ali Basha said...

Bagusnya mak bapak ambil berat macm tu.... alhamdullilah dia dapat kelas KRK tu... saya teringat anak sedara sorang yg cemerlang tapi tak dapat ke mana2.... tapi dia still teruskan kecemerlangan walau di sekolah biasa... lalu saya pujuk mak dia... mungkin dia cemerlang sebab dia dekat dengan mak dia...

Cho Zila said...

walau macamanapun kejayaaan ada di mana2... moga teruskan usahakan.. belum anak besar lagi jadi tak tauler camnerkan..
ada tertengok di tv pasal sekolah seni malaysiatu.. tuler ada gak anka yang nampak ke arah itu..

LYAfrina said...

owh..bru tahu tentang ni..
semoga anak akak terus maju & berjaya tak kira dimana pon menuntut ilmu

fazianbatrisyia said...

Semoga yg terbaik utk allysha & anak2 kita semua. anak buah sy pon mana yg x ke asrama penuh mereka masuk rk