January 29, 2015

Ahad@ Cross Country 2015

minggu ni bussy sangat, rasa tak terkejar semua perkara
sampai rasa sekejapnya esok dah Jumaat, lega jugak dah Jumaat :)
hari yang ditunggu-tunggu untuk sabtu dan ahad:)
boleh rest lebih sikit (tapi hakikatnya sama jerk kan kalau ada anak-anak dah sekolah)

Kisah diari Ahad 25/1/2015

ini aktiviti kami berdua pada hari ahad yang lepas
Cross Country 2015
dalam masa yang sama ali iqbal ada training bola
uncle epoi tolong ambik & hantar ke padang bola



seawal jam 6.30 pagi dah sampai di Padang Merbok, KL
kami subuh dekat rumah dulu
acara marathon bermula dengan  kategori A&B (10.7km), jam 7.30pagi
papa start lari dulu, papa dalam kategori Men Senior A
Kategori C, D, E (6.7km) bermula jam 7.45 pagi, mama kategori Woman Senior (C)
Kategori E,G (6.7km) remaja dan H,J kanak-kanak (3km) bermula jam 8 pagi

Kali ni berbeza marathon kami, cross country bermakna kami kena turun bukit naik bukit dan berlari
kami turun bukit yang curam dan agak bahaya kalau tak padai imbangkan badan
begitu juga naik bukit kena berhati-hati
memang mencabar, tapi sangat menyeronokkan
tak merasa kekok sebab dah pernah merasa naik gunung dulu-dulu
mana yang tak pernah turun bukit naik bukit  masa hari kejadian, mereka terkejut masa tu



Kategori A & B start dahulu, papa start dulu.... 
kami berlainan kategori, terpaksa berpisah berlari berlainan.

Ready, jam 7.45 pagi giliran kategori C (mama) pulak akan berlari. Duduk lane paling depan sekali....tapi lepas tu semput hehheheheh....tak ambik gambar sebab fokus sepanjang berlari serta turun bukit naik bukit.....bukit last jerk dah hilang sikit semangat sebab dah terlalu penat.....
dah last semangat semakin penat, fikir nak habis cepat dan sampai cepat
terus snap beberapa gambar untuk kenangan.....pengsan naik bukit ni...

 Ingatkan dah nak sampai, tapi tak sampai-sampai lagi...rasa mcm bukan 6.7km, macam lebih jerk

Akhirnya sampai jugak, tepat jam 9 pagi. 1jam 15minit paling lama rasanya berlari kali ni tapi sebab turun bukit naik bukit.....oklah kot...compare berlari terus mesti boleh sampai awal sikit. Masa ni papa, tak sampai lagi....katergori B lagi mencabar, kena pusing tasik dua kali, naik bukit turun bukit pun lebih dari kami kategori C.


gang-gang yang dah sampai...
mama terus pergi ke kaunter untuk redeem goodies bag, lucky draw & medal

kami balik awal, nak ambik ali iqbal...training bola habis jam 10.30pagi
tak sempat nak tunggu lucky draw


14 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

Salam

yeayyyyyyy akhirnya ada juga kengkawan blogger yg baru memulakan hidup sebagai pelari... lepas ni terus 10km marathon yer... kalau saya tu jalan jer sampai habis... janji dapat medal... medal tu lagi penting

insan marhaen said...

Saya tak rajin masuk pertandingan sukan.

Agaknya sebab saya tahu saya takkan menang..he..he..

Maria Firdz said...

Wah... MEriah...

Ayu said...

sempat lagi ambik gambar sambil berlarik yerk...hihi

OKje said...

Bagusnya......macamana korang laki bini boleh minat aktiviti cenggini yek?

paridah said...

SALAM JUMAAT RAJIN BERIADAH MNYHTKN BDN N MINDA....

Malek Ku said...

ok,,mmg bes klw ikut travel marathonsluruh mly sia

Read My Recent Post Phone Aku Dari Zaman Dulu Hingga Zaman Sekarang

Kakzakie Purvit said...

Tahniah semua yg terlibat! Riadah yg sangat-sangat positif. Kakak ni dah tak pernah join mana-mana anjuran marathon. Dah tak laratlah Mieza. Joging pun kakak lari anak dan jalan laju aje dah tak kuat dah.. semput rasa hihi..

fazianbatrisyia said...

dulu2 minat la lari2 ni...skrg fizikal x sesuai..he.he..he...sek men dulu paling suka merentas desa...top 3 @ top 10...

Cik Ash said...

hidup sihat dengan aktiviti macam ni kan akak...

Jari Manis said...

10 km..ishh rasanya JM x mampu

Kayu Manis said...

bagus lari2 ni..kuat kaki

Dunia Zumal said...

Membudayakan hidup sihat yer akak ^-^

LYAfrina said...

xtvt y sgt menaqrik