January 14, 2015

2015@ Bekalan Ke Sekolah

Diari BENTO: 14/1/2015.

Bila dah start sekolah, perkara yang nak kena fikir setiap hari adalah menu bekalan ke sekolah. Berposak-posak nak memikirkan setiap hujung minggu, nak mikir menu, nak masak kena ikut selera masing-masing...kalau main buat jerk, nanti mereka mogok....bukan main anak-anak zaman sekarang.

Untuk minggu pertama  persekolahan ini:

Isnin: Hari pertama sekolah semua excited nak beli makanan dekat kantin, Ali ke sekolah agama sebelah pagi jadi dia sangat enjoy membeli makanan dekat kantin, dia kata makanan sedap-sedap.
Allysha pulak, ma ichaa tak makan pun rehat tadi, ramai sangat budak-budak. Esok macamana? Ichaa nak bawak bekal....oklah, rutin mama memasak bekal sekolah pun bermula :)
 
Bermula pada  hari Selasa barulah memikirkan menu untuk bekalan ke sekolah untuk Allysha & Balqish. Ali Iqbal tak masuk dalam list bawak bekal sekolah, dia enjoy membeli makanan dekat sekolah. Pagi-pagi ada makcik jual nasi lemak depan sekolah agama, dia pun suka jugak membeli di situ. Mama tak paksa mereka bawak bekal, biarkan mereka bebas untuk memilih makanan yang mereka suka dekat kantin sekolah, takut jugak kalau kita paksa-paksa bawak bekal tapi mereka tak suka nak makan, nanti simpan dalam beg sampai habis waktu sekolah. Allysha dah tahu menghargai 'bekal sekolah' yang dibawa senang mama nak masak, ikut citarasa mereka.

Menu untuk sepanjang minggu ini untuk Allysha & Balqish:
Selasa: Scramble egg & roti cheese bakar
Rabu: Roti Sosej Role / Nugget Jejari
Khamis: Spagetti cabonara
Jumaat: Nasi Lemak

Minggu depan, menu apa pulak nak buat.....:)

Waktu pagi, mereka sarapan simple sahaja, yang penting mesti minum susu.

22 comments:

Kakcik Seroja said...

Bila bawa bekal, taklah susah hati fikir anak2 makan apa, kan?

Tapi kadang2 anak2 ni nak makan lain dari yang kita bekalkan...

Kakzakie Purvit said...

Anak kakak bawa bekal bungkus dalam paper yg biasa org warung guna tu Mieza. Dulu kakak guna bekas dia kata leceh dan bawa balik...

Zaitun said...

Masa anak2 kak zai sekolah rendah semua bawa bekal. Pernah cikgu makan sekali sebab dia dah lama tak makan cekodok dicicah dengan sambal sardin.

PCL said...

hebat nama menu bekal anak-anak sekarang ni yer..bagus lah kita ikut di mana zaman kita berada sekarang, tak kan nak bawa cekodok jer kan...bekalan hidup dari air tangan ibu terbaik !

Cik Lily Putih said...

best plak tgk mak-mak berbento ni, rasa cam nak buat gak lah

SukaSedap MY said...

sedap2 bekalan tu . hehee

Ana Jingga said...

samalah macam pening kak ana nak masak tengahari kat rumah ni, anyway mieja dah siapkan list utk seminggu kira ok dah tu ..next week sambung fikirkan semula..a very good mom you are dear :)

nurbijen said...

Anak2 saya bekpes mesti saya suruh makan nasi... Ada juga mereka request nak makan fresh milk+cereal, tapi kita pula takut mereka lapar...
Bekal kat sekolah hari2 bawa roti... Nak suruh makan kat kantin sekolah mereka kata tak sedap, tak kena dgn selera... huhuhu

Azian Elias said...

senang sikit bila sekolah dah prepare kan food for the kids.. nasib lah kan.. depa kena makan lah kann.. nak tak nakk..

nuyui a.k.a miss YUI said...

Sronok depa dpt bekal sdp2 belaka.. hihi

paridah said...

sedap nampak bekal utk anak2...rajin sediakannya.

sumysya said...

rajin masak..same la bawak bekal kesian budak beratur panjang..

OKje said...

Rajin mama. Untung mereka dpt mama rajin tau....hihi.....
Amiza .....byk lagi yg belum buat tu....mee goreng nasi goreng, fries, jejemput manis, mashed potato....ha....see banyak lagikan....

Ayu said...

memang puas hati sangat bila kita dapat sediakan makanan untuk anak2 kan.. seronok.

nuyui a.k.a miss YUI said...

Sbnrny ad dh entry gmbr tu. Tp xpe InshaALLAH nnti update gmbr semua sekali dlm 1 entry..

Utk akk =)

Anonymous said...

Rajin sis sediakan. Nampak sedap..

sud@is said...

Senang hati kalau bagi anak-anak bawa bekal, tapi pagi kalut sikit lahh...tak bimbang tentang kesihatan....

Dr K said...

boleh la saya cadang kat wife saya,tiru meal ni...hahaha...sebab mmg pening kepala nak fikirkan meal apa yg sesuai...

Kayu Manis said...

alhamdulillah
rajin sgguh mamanya bertuah anak2
bkn anak jer suka mkn tu knor pun terliur jer ni...

Fiza Rahman said...

Saya tak start lagi buat bento untuk anak :-(

TukangKebun said...

Betul challenging nak fikir bento apa nak buat. Kalau tak duduk dalam beg je lah sampai habis sekolah.

fazianbatrisyia said...

Thn ni cam azam nak bento anak ke sekolah sbb da 2 org sekolah. good...da ada list. & berguna jg utk sy. the best mama kak...