- Pengajaran hari ini, kalau beli barang online pastikan dapatkan nombor tracking.
- Semoga pihak POS LAJU lebih teliti dalam membaca alamat-alamat para customers anda!
- Semoga Company yang menerima parcels salah alamat (alamat company lain), mohon rasa sensitif dan hantarkanlah semula kepada POS LAJU! Jangan di simpan, kesian dekat para penerima parcel yang menunggu dari sehari ke sehari tapi tak sampai-sampai barang mereka.
Point-point diatas terjadi dekat saya beberapa jam yang lalu. Hari ini tiba-tiba saya teringat hampir 3 minggu yang lepas, saya ada beli barang melalui online....saya sms si penjual, dia terkejut saya tak dapat lagi barang yg telah di tempah....maka dia berikan nombor tracking untuk barang tersebut. Saya tekun menyemak di online poslaju.com.my, Saya lihat barang saya sudah pun di hantar oleh POS LAJU, Putrajaya. Dan saya telefon 1-300-300-300 berkali-kali tidak ada siapa yang menjawab. Saya cuba lagi sehinggalah ada kakitangan yang menjawabnya.
Dipendekkan cerita, barang yang saya beli sudah pun sampai pada minggu lepas dan telah pun dihantar dan diterima oleh orang lain tetapi bukan di alamat saya, tetapi ke alamat dan company lain.
Ya allah, jatuh jantung saya, nak menangis bila kakitangan pos laju kata dah hantar ke company tersebut, penerimanya sekian-sekian...lagi buat saya panik, tangan dah mengigil, mata saya dah keluar air mata :( fikiran saya dah berkecamuk...siapa perempuan tu? macamana saya nak contact dia? macam-macam mencari idea untuk solvekan masalah ini.....
Dalam fikiran saya cuba mencari rakan-rakan yang berada dicompany tersebut, maka saya teringat akan seorg rakan yang berkerja disana, saya menalifonnya dan bertanyakan siapakah sipolan tersebut...dia meminta saya berjumpa dengan receptionist dan buat semakan.....saya terus bergegas kesana dalam hujan yg lebat....dalam hati kalau ada rezeki, memang itu milik aku...kalau bukan milik aku terpaksa redha walau dalam hati tanpa restu....sesampainya disana saya mintak receptionist mencari parcel saya, alhamdullilah akhirnya jumpa juga.......ya allah, semasa buat semakan, bukan barang saya aja yg dilemparkan ke company tersebut, parcel dari company lain (area Cyberjaya) pon ada disitu......emmmmm.....macamana pihak POS LAJU manage barang-barang customernya? Alamat saya langsung tak ada silap di slip poslaju tersebut tetapi dihantar ke company lain.
Sebelum ini saya langsung tak terfikir nak check dengan penjual sebab beliau baru sahaja balik dari europe maka dalam fikiran saya mesti barang yang saya tempah belum ready untuk dipos....tapi tak sangka dia pos dengan pantasnya selepas balik dari europe....
Alhamdullilah, barang saya sudah selamat sampai ketangan saya hari ini....penjual juga terasa cuaknya..... kalau hilang siapa yang perlu dipertanggungjawabkan....syukur sangat-sangat dah terima:) Walaupun saya rasa fobia dengan sikap segelintir kakitangan poslaju yang menjalankan tugas dengan sambil lewa ini.
15 comments:
apalh masalah diorg nikan..
kita plk yg naik tak lena tidur.
apa2 pun dah dptkn..
alhamdulillah
Syukur alhamdulillah... Mmg rezeki k.mieja.. Berderau jantung kan k.mieja.. Harap2 pos laju ni alert bab2 mcm ni
anak kak ana pernah hadapi situasi yg sama,dimana salah alamat,mujur juga yg salah alamat tidak mengambil parcel tersebut dan selepas check tracking no, parcel masih berada di PL rawang, kak ana ke sana dan ambil sendiri, Alhamdulillah memang masih rezeki Mieja :)
sepatutnya kalau bukan barang penerima jangan terima, serahkan je pada pos laju untuk kembalikan kepada penghantar..nasib baik dapat parcel tu kan..memang kena check betul jika beli online ni kak
SYUKUR ALHAMDULILLAH REZKI XLARI...POS LAJU KERJA LAJU JER YER..IZIN KAK BLOGLIST AMIIZA DIBLOG KAK YER.
haah la mcm mana pulak yg terima brg tu boleh ambik parcel tu...takkan x tengok alamat dan nama penerima...ermmm mcm2...kalau yg jujur dia akan bg kat poslaju tu balik tp takut ada yg x jujur buat diam jer...ish2 x baik...poslaju setakat ni xde buat hal dgn saya...ish mintak jauh
Lebih kurang dgn kes anak kakak. Boleh pos laju hantar ke UMT sedangkan anak kakak punya address di UNIZA. Memanglah UMT dan UNIZA bersebelah. Bila lama sgt tak sampai call bagi tracking dah ada penerima. Pergi ke UMT kata sebab lama tak ada yg ambil pulang balik ke Pos Laju. Pergi Postlaju terdekat tak ada dah dihantar ke center. Kesian anak kakak pusing-pusing. Tapi akhirnya dpt juga. Sejak itu kakak dah pesan jgn alamatkan ke kampus kalau order online...
nasib dapat balik :) apa la pos laju
Syukur Alhamdulillah.. memang rasa nak gugur jantung bila barang tak sampai kat kita.. Peniaga tu kesian juga..
Ada pula kes macam nih, Ya ALLAH.
memang harapkan poslaju dalam banyak perkara...huhu.
Sepatutnya dorang kena periksa nama penerima betul2 kan, jangan kira hantar jew settle kerja...
Pos laju la ni mcm2 problem..sy pun kena..pusing sn..pusing sini..akhirnya xdpt..org len dh amik..bkn rezki sy..syukur k.miza dpt balik brg tu..
Pos laju ni mmg kadang2 x sensitif dgn barang yg dihantar... kadang menda simple pun dorang x boleh nak solvekan... kesian penerima!
alahai..
mujur jumpa balik..
agaknya knp poslaju tu mcm tu..
takkan x alert lg alamat.. sah2 dia org dh biasa.. atau kira dia buat mcm tu kerja mudah.. tp y malangnya pemilik parcel tu la..dan sepatutnya y menerima tu pon harus semak jugak..klo bukan dialamat & nama tu wujud pttnya jgn terima..andai tersalah terima, dia patut hubungi poslaju ataupon add y tertera di consignment note tu..
Alhamdulillah...rezeki akak.
Post a Comment