December 24, 2014

Publika @ Allysha & Pameran Photography

Hari Sabtu 20/12/2014
kami ke Publika, Solaris, Dutamas,  KL
untuk melihat pameran Phtography yang terpilih dari anak-anak yang menghadiri workshop photography tempohari, sempena program cuti sekolah 2014.

salah satu gambar yang allysha snap telah terpilih untuk di pamerkan di ruang legar Publika
pameran tersebut telah dipamerkan selama 2 minggu dan telah berakhir pada 21/12/2014.

Hasil tangan Allysha - salah satu gambar yang allysha snap semasa didalam workshop tersebut telah terpilih untuk dipamerkan di ruang legar Publika. Gambar yang allysha snap ni gambar kocakan air, sekali imbas ada ala-ala abstrak juga.


Allysha sudah ada improvement selepas menghadiri workshop tersebut, allysha dapat ilmu camera dan dapat bezakan mana yang boleh/tidak dalam mengambil gambar.

Gambar-gambar peserta workshop yang terpilih untuk di pamerkan di ruang legar PUBLIKA.
 
 Gambar kenangan dekat sini...

sekitar ruang legar Publika


 Christmas tree yang mereka pamerkan sangat unik...semuanya menggunakan barang-barang terpakai dan salah satunya idea kreatif dari pokok padi, semua idea dari pengiat seni Malaysia.

Lukisan yang dipamerkan ini juga salah satu program cuti sekolah bagi anak-anak yang minat dengan seni.

satu lagi christmas tree diperbuat dari pelbagai toys..cantik
 christmas tree dari pokok padi.
 white box - tempat allysha dan rakan-rakan  (menghadiri workshop photography 2 minggu yang lalu)

seniman jalanan
walaupun tempat ni kecil, tapi sangat menarik...dekat sini banyak dipamerkan kerja tangan seni dari pengiat seni tanahair.


9 comments:

TukangKebun said...

Very nice.
Memang ada bakat.

Kakcik Nur said...

Kakcik tak pernah samapi ke tempat yang bernama Publika ini... huhuhu

Amanda Suria said...

Wah..Dh habis dh eh...ala aunty terlepas la nk tgok mcm ni...

Kakzakie said...

Not bad. Boleh tahan juga Allysha. Kalau Allysha tengok gambar yg auntie ambil mesti nak komen agaknya sebab dah ada ilmu kamera. Auntie ni tak tahu...

Tahniah buat Allysha.

paridah said...

TAHNIAH ALLISYA...TMBAH ILMU N SKILL.

lia said...

cantik gmbr Allysha ambil... ada seni...

anajingga said...

pandai Allisya, kreatif,kak ana belum sampai lagi ke Publika ni.. :)

Kayu Manis said...

tahniah Allysha

Normala Saad said...

Wah memang abstrak gambar yang Allysha snap tu. Lain dari yang lain. memang cerdik dan berbakat. Berikan dia peluang yang luas dalam bidang ini. Tahniah!