December 25, 2014

Marathon Dec 2014@ TwinCity Cyberjaya-Putrajaya Perdana

Aktiviti Hari Ahad 21/12/2014
TwinCity Marathon 2014 (Cyberjaya-Putrajaya Perdana)


Hampir 8-9 tahun kami tidak menyertai marathon, kini saya dan hubby kembali aktif menyertai larian marathon...ala-ala comebacklah nie....:) Dulu saya sibuk dengan anak kecil, tiada siapa yang boleh menjaga mereka kalau saya tinggalkan mereka tapi sekarang anak-anak sudah semakin besar maka kami berpeluang kembali aktif untuk memasuki larian marathon. Kami minat berlari sejak dari bangku sekolah lagi, hubby juga atlit sejak dari bangku sekolah dan universiti, bila dah habis belajar juga masih aktif bermarathon....bila ada anak kecil sedikit terbatas, tapi alhamdullilah perancangan kami untuk kembali aktif berlari tercapai juga. Hasrat pertama sudah tercapai, ada dua lagi hasrat iaitu mendaki gunung dan berkhemah dalam hutan bersama anak-anak, dua perkara ini rasanya susah dicapai sebabkan anak-anak semuanya kurang minat dengan aktiviti lasak.
 
Untuk penyertaan yang pertama kami memilih berlari untuk 12km.

Larian terbahagi kepada:
1. Fun Run 5km (Family)
2. 12km
3. 21km
4. 40km

Gambar kenangan sekitar Larian Marathon 2014
Twin City Cyberjaya-Putrajaya.
habis jerk kegarisan penamat terus selfie...hehehhehehehe...

lega sangat bila dah sampai.....
yeah...mereka yang baru sampai.....
beratur untuk mendapatkan medal (finisher)
 semakin ramai yang dah sampai...

 check luncky draw...tak kena pun.....

ambik gambar satu kemestian...untuk kenangan :)

kami nak balik dah...lepak dekat mamak pulak....
OTW balik rumah, gang 40km tak habis lagi......
 memang terrorlah gang nie......mereka start jam 4.30pagi......



6 comments:

babYpose said...

Comel Amiiza :) beraktiviti luar ni memang rasa segar..Alhamdulillah anak-anak dah besar.

Kayu Manis said...

aktiviti sehat bgus2..
knor lma juga tk berlari... rasanya klu lari mau miang dn gatal peha.. hihi

Qaseh Vee said...

ramai yg sertainya ... aktiviti yg bagus ni sebenarnya ...

paridah said...

wah athlete sukan ni..berlari utk kshtn...

FarahFerraDotCom said...

Bagus jugak sesekali join aktiviti mcm ni..=D

mardiana said...

rajinnya bemarathon.
saya tengok gambar pun rasa semput. huhuhu.