December 23, 2014

Kisah Buruk Piala AFF Suzuki 2014

Tajuk panas di dada-dada akhbar beberapa hari ini berkenaan dengan Tiket Jualan Piala AFF 'penonton haram', 


20/12/2014 Piala AFF SUZUKI pengalaman kami di stadium untuk kali ini, rasanya perlu dikongsikan tragedi yang paling buruk ke stadium. Hubby peminat sukan dan bola maka setiap kali ada acara di stadium pastinya kami akan ke stadium memberikan sokongan untuk Malaysia, tak kira acara kalau ada masa kami akan ke stadium.

Ke stadium menonton bola juga memang menjadi acara wajib buat kami sekeluarga, dari kami berdua, mengandungkan anak-anak hinggalah ada anak-anak. Masa anak kecik (baby) pon kami angkot jugak dengan stroller, tapi kami tak pernah ada masalah dengan sikap manusia seperti tahun 2014.

Saya tak pandai nak menulis dan berkata-kata, tapi saya cuba menulis dengan sebaik mungkin. Saya beri peluang dekat hubby menulis 'kisah stadium' di blog kami,  tapi dia tak ada masa untuk menulis 
maka, serba sedikit sajalah saya share kisah ketika Piala AFF Suzuki 2014.
 
Hubby juga telah menghantar 'feedback/komen'
ke salah seorang Pengarang Berita Harian (Bahagian Sukan)
dan beliau juga membuat aduan ke Tribunal & FAM.
Moga pihak yang bertanggungjawab lebih peka dan mengambil tindakan dengan sikap 'penjual tiket haram' lebih senang cakap penjual tiket recycles, di harap pihak berkenaan dapat perketatkan cara pemeriksaan di pintu masuk stadium dengan mengunakan idea dan kaedah baru. Pemeriksaan tiket melalui sistem berkomputer juga adalah wajar, untuk mencegah tiket dijual semula.

kalau dulu kami ke stadium selepas solat maghrib, masih ada parking dan tempat duduk kosong.
tapi kali ini kami terpaksa keluar rumah jam 5.30 petang
pukul 6.00 petang kami lihat semua org dah parking tepi-tepi jalan, jarak mereka parking bukannya dekat tapi jauh dari stadium lebih kurang 5km jauhnya, dan paling sedih ada jugak kereta dah kena tarik (tow) dengan Majlis Bandaran. Parking dalam stadium Bkt Jalil juga ditutup, khas hanya org-org yang ada pas istimewa sahaja yg diberikan masuk kesitu,  pendek kata kroni-kroni sahaja diberikan masuk. Sedangkan semasa Piala AFF Suzuki 2012 MAS-INDON, parking di situ bebas utk orang ramai, kesesakan juga tidak terlampau seperti tahun ini.

kami parking di TPM, jauhnya berjalan meredah hutan kanan kiri
ada juga polis 'mata-mata' yang memakai baju biasa memerhati kami yang meletakkan kenderaan dalam hutan itu....
nasiblah balqish enjoy dan happy berjalan.
setiba di stadium, saya ternampak masih ada org menjual tiket bola, saya sedikit terkejut,
dalam hati berkata-kata bukan ke tiket dah habis dijual sebanyak 90k

kami terus mencari pintu masuk ke pintu masuk stadium
giliran kami beratur, penjaga tiket hanya mengoyakkan sekeping sahaja tiket kami yg di koyak, selebihnya 'penjaga' tiket telah menyimpannya tanpa memberi semula keratan kepada kami, hubby menyuruh saya untuk meminta kembali tiket-tiket tersebut, dengan rasa gugup, budak  penjaga tiket pulangkan kembali kpd saya semula, dari situlah kami syak mereka menjual semula tiket-tiket yang tidak dikoyakkan
 
BUKTI: Tiket bola kami yang mereka tak koyakkan semasa masuk kestadium, mereka koyakkan hanya sekeping tiket kanak-kanak sahaja. Selepas hubby menyedari perbuatan mereka ini menyeleweng, maka kami mintak semula tiket-tiket kami. 

Hari pertama jualan tiket dijual melalui online, hubby terus menempah tiket untuk kami, tidak adil bagi mereka yg datang tangan kosong dapat tiket 'haram dan recycles'.

 
NILAI Tiket RM50 - menonton bola dari celah-celah pagar besi yang tak berapa nak nampak. 
Pihak FAM Sila ambil perhatian.
masih ramai lagi yang langsung tak dapat tengok,  duduk ditepi-tepi tembok....kesian mereka yang menjadi mangsa
 
Kisah Tempat Duduk Pulak, habis kisah tiket, kami mencari tempat duduk pulak....tapi ketika itu sudah penuh tempat duduk. perlawanan hampir bermula. kami berlari kesana sini macam orang gila mencari tempat...berjurai-jurai juga peluh keluar, tapi memang kecewa...bukan kami sahaja yg berlari-lari....hampir semua orang berlari-lari mencari tempat duduk yg majoritinya penuh.....akhirnya kami berhenti di satu sudut, tempatnya betul-betul view belakang gol, kami stay dekat situ.....(kebiasaannya kalau cari tempat duduk, hubby akan cari view belakang gol sebab boleh nampak semua).

Balqish dah menangis-nangis sebab nakkan tempat duduk...berjurai-jurai airmatanya, kami duduk di lantai, menjengkit-jengkit kaki sebab tak berapa nampak disebabkan terlindung dengan pagar besi dan kontrik batu dekat bahagian atasnya....airmata merambu-rambu dak aqish, kalau ada tempat duduk, tidaklah papa duduk dekat lantai....masa tu sedih tengok dia.....lama pujuk baru mood balqish ok, luckily jugak allysha tak ikut....anak-anak ini dah biasa ke stadium, dapat pulak situasi buruk seperti ini yang mereka tak pernah rasa sepanjang ke stadium tak dapat duduk...balqish pulak bila kita cakap tak ada tempat duduk, dia tak akan paham....yg penting 'nak' tempat duduk....memang susah nak explain padanya, memang kesian tengok mereka....:( lama barulah muka ceria semula, bila papa janji lepas habis games kita duduk dekat dalam pulak....
   
Situasi kami ketika menonton bola...ali iqbal dan balqish papa selitkan dekat tepi besi....
muka balqish dah ceria  masa ini...tempat duduk yang ali & aqish duduk tu bahaya sebenarnya kalau terjatuh kebawah, sebab ali dan balqish duduk dekat tepi birai besi tu....tapi disebabkan dia kecik, so senang papa nak monitor. Dari sini jugaklah para penjual mengunakan laluan ini turun kebawah untuk menjual air dan makanan kepada para penonton.
Gambar ini sangat padat untuk turun ke tangga....menuju ke Parking TPM . 
space juga jadi limited kerana ada penjual makanan dikaki lima yg tiada permit menjual disitu

Habis Kisah tengok bola, Ini kisah nak balik pulak, lihat gambar di atas, suasananya sangat padat dan berasak-asak dari sekitar tapak jualan untuk mendapatkan tangga ini. Saya surrender sebab saya tak mampu nak berasak-asak, rasa seperti hilang nyawa, kami tunggu sehingga kurangnya manusia barulah kami pulang. Bukan tak pernah merasa berasak-asak di stadium tapi kali ini sangat luar biasa padatnya.....kepada yang biasa ke stadium pasti tau situasi sebelum ini bagaimana dan berbeza situasi hari 20/12/2014 memang luar biasa.

Hari ini, kami sangat terkejut dengan sikap segelintir rakyat malaysia. dari kaca mata kami, segelintir rakyat malaysia sudah semakin nipis tatasusilanya, sudah tidak memperdulikkan / sudah tidak sensitif dengan  manusia disekeliling. Semasa menuju jalan ke parking, begitu padat jalan ke tangga....langsung tak ada sikap toleransi, ada juga yg sibuk berselfie, kami semua terberhenti tak boleh berjalan disebabkan mereka berselfie ditengah ramai orang, dalam keadaan yang padat dan sesak ramai orang...

Satu perkara dalam fikiran kami ketika itu, boleh mati lemas sebab terlalu padat, oksigen juga berkurangan disebabkan asakkan org ramai. Saya terlihat pakcik tua memakai kopiah juga terperangkap tak boleh berjalan disebabkan kepadatan terlampau, pada mereka yg membawa anak kecil, membawa stroller langsung tak di endahkan, kalau dulu zaman anak-anak saya kecil, bawa stroller....sikap anak-anak muda siap bagi signal ' baby....baby.....anak kecik anak kecik' hati-hati bagi laluan....siap tolong menolong lagi, tapi sekarang tiada lagi sikap itu.....saya lihat mereka yg membawa stroller langsung tak diberi pertolongan utk turun ke tangga....betul-betul anak muda zaman sekarang mementingkan diri sendiri, siap boleh menyanyi lagi dalam keadaan yang padat dan ketat untuk berjalan, langsung tak memikirkan keselamatan ketika dalam keadaan padat itu.....mereka hanya memikirkan suasana gembira......dalam keadaan tak 'terfikir' tu macam-macam boleh terjadi.....kalau allah swt nak beri pengajaran.....


5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sedih dan memalukan bila itulah gambaran yg Mieza berikan. Kakak dapat bayangkan dahsyatnya susila bangsa M'sia sekarang. Kalau tawaf/Sa'e masa musim haji pun kakak rasa lagi padat tapi ada toleransi tak macam tu sampai hilang hormat sesama umat...

Kakak harap sangat yg terlibat memantau membaca N3 Mieza ni.

Fiza Rahman said...

Siannya kak. Pengalaman buruk tgk bola kali ni.

Tapi memang takut tgk anak muda zaman skang. Dah hilang adab kesopanan. Smoga anak²kita di jauhkan dari sikap² macam ni.

paridah said...

N3 YG SGT MENARIK DIBACA TENTANG SIKAP KITA YG SEMAKIN SELFISH N SUKA BERSELFIE XKIRA SITUASI N MASA N SUKA MENCARI KEUNTUNGAN SEGERA YG MUDAH...KAK KE STADIUM ZAMAN SEKOLAH DULU JER...

insan marhaen said...

Bila dah ramai, macam-macam hal...

Cik Lily Putih said...

sebab tu kita tak berapa minat pi tengok bola kat stadium. Walaupun ktorang ni selalu dapat tiket free under media but still tak per lah. Tak nak bersesak2 cam ni lah..

Kecian pada anak2 kecil ek..

awak memang rajin lah... terbaekkk