December 27, 2014

Cuti Sekolah@ Water Park, Legoland

Entry yang terperam, cuti yg agak lama bermula 26 Disember 2014 sehingga 2 Jan 2015.
Dah siap entry ni tapi semua simpan dalam draft, dah draft pastu esok darft yang baru, sudahnya tersimpan terus......

Kisah Legoland, Waterpark  27/12/2014. 

Beberapa hari bercuti, kali ni percutian yang agak pendek...pening juga nak bahagi-bahagikan masa yang singkat, nak balik kampung, nak bawak mereka bercuti, pening jugak fikir nak bawak mereka bercuti memandangkan sekarang musim banjir dan hujan.

Akhirnya kami ke Legoland & Singapura.
Balik Muar pun sekejap jugak.

Tahun ini memang lambat nak plan bercuti bila mengenangkan kejadian MH370 & MH17, ada sedikit gentar untuk menaiki Kapal Terbang.

Percutian yang sangat singkat, 
sampai Muar dah petang, balik rumah atuk dan nenek.
esoknya bertolak ke Legoland, sehari dekat Legoland
Sehari dekat Singapura
Sehari lagi dekat rumah atuk & nenek sebelum balik ke Cyberjaya.

Balik awal disebabkan Allysha ada briefing dan orientation pada 31/12/14.

Layan gambar dekat Waterpark, Legoland. Kami memang plan ke Waterpark sahaja memandangkan mereka ni suka main air, seharian memang tahan duduk dalam air, hujan lebat pada sebelah petang. Pon masih boleh bertahan dalam air.

Kawasannya tak besar sangat tapi saya puji sebab mereka ada life guard. Life Guard sangat penting, ada sesetengah waterpark dekat Malaysia tak ada khidmat life guard ini. Gambar-gambar mereka dari cuaca panas hingga kehujan, tepat jam 6 petang baru bersiap dan bergerak  ke hotel.

mereka beratur beli tiket, kami dah beli online jimat masa.
 Dekat entrance Waterpark.
 Beli tiket online, print dari rumah semua tiket, jimat masa.
 sebelum tukar baju, cuaca panas terik.
Unik semua kasut letak dlm ni...good idea untuk buat sendiri rak kasut macam ni.
Best mereka  boleh main Lego dlm air
air ni suam budak-budak suka berendam walaupun hari hujan, sejuk mengigil..
 slide paling ali dan aqish suka

 
Sedikit terkilan, kerusi Ini agak kosong maka saya duduk menyelit, tetapi dengan angkuhnya famili ini (perempuan baju bunga) mintak saya jangan duduk kerusi ini sebab Anak perempuannya sprt dlm gambar tu nak duduk.....emmmmm....memang langsung tak ada ciri-ciri 1 malaysia punya manusia.... semua tempat penuh dan org lain semua berkongsi tempat.....
Hujan turun dengan lebat, mengigil sejuk dan lokos basah....Budak bertiga tu kulit tebal, tahan sejuk.
 Hujan sejuk mereka pon kelaparan.

 

 Hujan semakin lebat, siap sedia untuk ke hotel check-in.




3 comments:

Suria Amanda said...

Wah..bestnya..kat sini akak x bawak lg dania....

Normala Saad said...

Wah..seronoknya dapat bercuti begini ya..

kontahadif said...

comel betol kak miza ni..anak ngn mak dh mcm adik badik nihhh

=)