Dah siap entry ni tapi semua simpan dalam draft, dah draft pastu esok darft yang baru, sudahnya tersimpan terus......
Kisah Legoland, Waterpark 27/12/2014.
Beberapa hari bercuti, kali ni percutian yang agak pendek...pening juga nak bahagi-bahagikan masa yang singkat, nak balik kampung, nak bawak mereka bercuti, pening jugak fikir nak bawak mereka bercuti memandangkan sekarang musim banjir dan hujan.
Akhirnya kami ke Legoland & Singapura.
Balik Muar pun sekejap jugak.
Tahun ini memang lambat nak plan bercuti bila mengenangkan kejadian MH370 & MH17, ada sedikit gentar untuk menaiki Kapal Terbang.
Percutian yang sangat singkat,
sampai Muar dah petang, balik rumah atuk dan nenek.
esoknya bertolak ke Legoland, sehari dekat Legoland
Sehari dekat Singapura
Sehari lagi dekat rumah atuk & nenek sebelum balik ke Cyberjaya.
Balik awal disebabkan Allysha ada briefing dan orientation pada 31/12/14.
Layan gambar dekat Waterpark, Legoland. Kami memang plan ke Waterpark sahaja memandangkan mereka ni suka main air, seharian memang tahan duduk dalam air, hujan lebat pada sebelah petang. Pon masih boleh bertahan dalam air.
Kawasannya tak besar sangat tapi saya puji sebab mereka ada life guard. Life Guard sangat penting, ada sesetengah waterpark dekat Malaysia tak ada khidmat life guard ini. Gambar-gambar mereka dari cuaca panas hingga kehujan, tepat jam 6 petang baru bersiap dan bergerak ke hotel.
mereka beratur beli tiket, kami dah beli online jimat masa.
Dekat entrance Waterpark.
Best mereka boleh main Lego dlm air
air ni suam budak-budak suka berendam walaupun hari hujan, sejuk mengigil..
Hujan sejuk mereka pon kelaparan.
3 comments:
Wah..bestnya..kat sini akak x bawak lg dania....
Wah..seronoknya dapat bercuti begini ya..
comel betol kak miza ni..anak ngn mak dh mcm adik badik nihhh
=)
Post a Comment