December 28, 2014

Cuti Sekolah@ Singapura

Singapura 28/12/2014

Ke Singapura untuk bersantai dan bershopping, memang menjadi kewajipan mesti shopping dekat sini. Semua tempat yang anak-anak nak pergi dah pergi sebelum ini seperti Sentosa Island, USS, ZooSingapore, Merlion Park, jadinya setiap kali datang kesini tak terikat nak ke satu destinasi, datang sini santai jer nak pergi mana-mana area sini.

Kali ni ke Singapura masa sangat ketat, maka kami tak boleh nak bermalam dekat Singapura. Kami sampai dalam tengahari, terus solat dan terus pergi shopping, petangnya dah penat berjalan kat mall, ronda-ronda singapura kami pergi ke rumah sepupu -auntie er dekat woodlands, dah berjumpa mesti berborak panjang, memang melekat nak balik. Rumah pakcik pon tak sempat nak singgah. Tak sempat jugak nak pergi makan sup tulang merah.

Selepas check-out hotel, ke Larkin untuk mengambil declaration form (immigration) & tukar duit. Dasyat dia org kenakan RM1 untuk sekeping form, sebelum ni dekat kiosk/petronas ambil secara percuma sahaja.
Terlebih dahulu isi declaration form supaya tak menyusahkan semua orang dekat kaunter immigration Singapura nanti. Autopass expiry date  Oct 2015, dan masih berbaki duit dalam autopass SG12. Kami hanya top-up sikit sahaja dlm SG20.  Bila masuk Singapore sabtu & ahad, kebanyakkan parking adalah free.

Kereta depan kami tidak mengisi declaration form, sampai dekat kaunter immigration ️baru mereka ambil dan isi form, jenuh tunggu lama. Buang masa lama dekat sini. Kepada yang nak masuk Singapura, persiapan awal adalah mengisi declaration form terlebih dahulu sebelum sampai di Woodland's Checkpoint.


Kepada yang nak top-up autopass, boleh ke 7E / pejabat toll  selepas melepasi immigration Singapura. Dekat situ boleh  top-up autopass dan kepada mereka yang baru pertama kali ke Singapura juga boleh buat kad auto pass disini, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura. Geran kereta juga perlu di bawa, untuk mereka check, biasanya mereka tak check pun tapi untuk langkah-langkah keselamatan, lebih baik bawak geran kereta.

Lega bila dah masuk highway Singapura, ini bermakna bebas bergerak. Cuma agak terkejut dengan pemandu teksi dan bas dekat sini sudah tidak seperti sebelum ini. Pemandunya sudah tidak sopan seperti tahun-tahun yang lalu.....sudah gangster ....dasyat...:)

Dah sampai tempat yang dituju, kami ke Mustafa Centre dulu. Harus letakkan kad parking ini, kalau tidak kena saman nanti. Dekat mana nak dapatkan kad parking ini? Dekat 7E yang berdekatan.

SG$1 untuk 1jam parking, so boleh letak brp jam yang kita suka.

ke Little India mencari barang yang diperlukan
untuk stok setahun...tempat ni memang kawasan India.

balqish dah buat perangai....so....kita pergi lunch pulak....dah lewat jugak dalam pukul 4ptg.

Jalan kaki jerk, nak pergi Mc D
Aqish & ALi bergambar depan hotel tempat papa stay OS bila ke office Shell SG sini.
Ke City Square Mall mencari makanan.
Plan lepas ni nak pergi Ochard Road tapi dah tak larat. Ronda-ronda merlion park sahaja.





 mengelupur allysha baru beberapa jam tak ada internet.....nasib kat sini ada wifi free
 Masa untuk meronda.....beli scoter sorang satu....
kalau dulu masa mereka baby, saya suka pergi Ochard Road- pergi Robinson bila bulan December sebab ada banyak sale barang-barang baby especially botol susu.....memang akan buat stok setahun jugak borong banyak....

ok, bayar dan balik...kita ronda merlion park pulak
then kita pergi rumah aunty er 

ronda singapura then terus ke rumah auntie er...hari dah gelap nak hujan...


ali & tigger
aqish yang buat bising ....
jam 11.30mlm baru kami bertolak balik....dah berborak memang melekat lah...susah nak balik..

2 comments:

anajingga said...

wah bestnya sempat pi kota singa shoping2 ni.. :)

lia said...

wahhhh padatnyer akak nyer jadual... mujur anak2 behave yer...