December 17, 2014

Bubur Nasi @KLIA 2

17/12/2014

Ke KLIA menghantar bubur nasi untuk saudara pakcik yang akan pergi mengerjakan umrah.
kenapa hantar bubur nasi? adik ipar menalifon hubby tanya dimana ada jual bubur nasi
sebab ummi tak berapa sihat.
masa tu fikiran blank sekejap , pakcik kata pergi dekat Mc D atau KFC
tapi saya berfikir, kesian pulak dekat ummi, org tua mana tahu nak cari Mc D & KFC dekat situ
saya terus offer untuk memasak bubur walaupun ketika itu jam sudah 9.00 mlm
siap masak bubur terus bergegas ke KLIA 2
masa tu perlawanan bola MAS-THAI pon dah habis.


disebabkan perjalanan menaiki bas dari Kedah-KLIA2 yang agak lama
kesihatan ummi telah terganggu
perut masuk angin, semput pun datang, badan jadi letih tak bermaya
alahai kesiannya ummi...

Flight yang sepatutnya pukul 2 pagi telah ditunda ke 4.20 pagi
bertambah keletihan nak menunggu

  bubur nasi, hanya gorengkan ikan bilis & pekasam, kicap & cili potong perah limau kasturi.

pertama kali ke KLIA 2, sesatlah jugak, sebab terkeliru....jauhnya parking...penat berjalan...

suasana dekat departure hall
Kumpulan yang mengerjakan umrah melalui ejen ANDALUSIA.

 Flight mereka sepatutnya jam 2.00 pagi tetapi telah ditunda ke 4.20 pagi, alahai kesiannya...lama lagi nak tunggu....memang kena tidur dekat hall ni.....

bergambar sebelum kami balik meninggalkan mereka..

aqish
kedai semua dah tutup...tak dapat nak cuci mata.. kedai coklat pon dah tutup,
mereka sibuk nak beli coklat, lain kali kita datang lagi.


6 comments:

Zaitun said...

KLIA2 canggih tapi masaalah bagi yang berumur atau kurang sihat sebab agak jauh.

Semoga pakcik amiiza mendapat umrah mabrur.

Kakzakie said...

Alhamdulillah.. moga kebaikan Mieza menjadi saham kelak. Beruntung dpt berbakti pada mereka yg nak beribadah.

Kakak kalau masak bubur pun selalu lauk buat macam tu... cara kita sama:)

Ain Ridzuan said...

Bubur yang simple tetapi sedap di makan. Kesian dekat pakcik makcik. Semoga mereka mendapat haji yang Mabrur.. Ameen..

LYAfrina said...

moga selamat pergi n pulang buat pak cik ..

nadia rashid said...

Assalamualaikum amiiza....dah terliur nak buat bubur tu.
Semoga Allah permudahkan urusan umrah keluarga Amiiza...:D

TukangKebun said...

Kami pun belum pernah jejak kaki ke KLIA2 lagi.
Teringin pula rasa nak makan bubur nasi bila badan macam sakit urat je ni hehehe....