December 3, 2014

Allysha@ Tuition Percuma Persediaan Tingkatan 1

Tempat: Pusat Tuition Gemilang
Kelas Percuma: Persediaan Ke Tingkatan 1
Kelas: Selasa, Khamis & Jumaat
Petang semalam mama mendapat panggilan telefon dari pusat tuition tempat Allysha belajar dulu. Mereka bertanyakan keputusan UPSR dan pihak tuition menawarkan kelas percuma selama satu bulan sebagai 'hadiah' khas untuk mereka yang mendapat 5A & 4A, kelas tersebut bagi persediaan awal ke tingkatan 1 tahun hadapan (2015).

Kelas telah bermula pada malam tadi setiap malam Selasa, Khamis & Jumaat.
Subjek tingkatan satu yang mereka tawarkan iaitu Maths, Sains, English & BM.

Disebabkan kelas tambahan ini percuma, maka kami galakkan Allysha pergi ke kekelas tersebut dari duduk dekat rumah asyik tengok cerita Korea, lagu korea....semua korea.....korea..... Nak masuk ke tingkatan satu, akan ada ujian dan saringan kelas....dengan harapan Allysha dapat masuk ke KRK nanti....Rasa macam kiasu pulakkan, baru UPSR dah ada kelas tambahan, kami memang tak plan nak hantar kekelas tambahan cuti sekolah ini, tapi memandangkan dapat tawaran percuma satu bulan, ambil peluang pergi dan belajar mengenali subjek-subjek tingkatan satu sebagai asas dan permulaan.

Pelajar yang hadir, tak ramai yang join....cuti sekolah...semua pergi holidaykan...

intai allysha...tengah mengira di papan putih....

20 comments:

Sofu Hashim said...

Bagusnya tempat tuisyen ni kak Mieja
Jaga kebajikan anak murid mereka

CikLily Putih said...

bagusnya ada class cam ni, at least dapat pendedahan awal kan..

nadia rashid said...

initiative yg baik..at least anak2 dpt isi masa dengan benda yang berfaedah

EzanIdris said...

hye sis first time singgah sini. slmt brkenalan:)

Mama Niza said...

hihi..'takpelah mak.. dia besok pandai speakinh korea.. hihi.

tapi, elok jugak dihantar ke tuisyen, terisi masa cuti mereka ni..

Mama Niza

Kayu Manis said...

bgusnya.. ibu yg baik dn bertanggungjawab.. untung anak2.

tk semua mmpu ke pusat tusyenkn
anak2 kna fokus ye...

εïзmummyHazaεïз said...

Pandai kakak... Dah nak masuk form 3 kan.. Haza jarang tgk korea. Last tgk mase preggy si tomato tu yg muka dia ade ghupe cino sikit. Muahahha

Zaitun said...

Bagi mengisi masa yang terluang elok dapat mengenal subjek2 yang akan dipelajari tahun hadapan.

Kakzakie said...

Bagus tu Mieja. Anak kakak di rumah asyik tv dan novel tak sudah. Buku belajar tersusun di tempat belajarnya...

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Bagusnya ada pusat tuisyen camtu...

Mama Myja said...

bagus betul buat kelas cam nih. dapat mengisi masa lapang.

Mama Myja said...

bagus betul buat kelas cam nih. dapat mengisi masa lapang.

IdaShazana said...

bagus ni. first time dengar macam ni

IdaShazana said...

terbaik

paridah said...

tahniah allysha...hidup ni isi masa dgn pelajari ilmu2 yg baik bekal masa dpn...

Daddy Ziyyad said...

Bagusnya pusat tusyen tu..
Moga bisnes mereka, terus maju..
Mereka tetap jaga kebajikan, selain fikirkan untung

Ain Ridzuan said...

Bagusnya pusat tuisyen tu.. Ok juga ad program macam ni.. sekurang-kurangnya ada juga aktiviti nak buat masa cuti sekolah..

aizamia3 said...

Sekurang-kurangnya anak2 terisi dengan perkara yang berfaedah.. ;)

hainom OKje said...

Pandai dia cari bisness.....
Rajinlah jugak anak awak tu Amizaa mau dia pergi tuition cuti cuti gini...

Azhafizah Md Nor said...

Baguslah ada tuisyen untuk persediaan sekolah tahun depan kan