November 5, 2014

Balqish @ 5 Tahun

Kisah homework  balqish minggu lepas
tengok aqish buat homework matematik
tiba-tiba terfikir, baru umur 5 tahun
dah bersusah payah belajar macam-macam
sekarang aqish sudah belajar mengira tambah dan tolak


teringat kembali, zaman mama kecik umur 5 tahun tak tau apa lagi
umur 6 tahun baru belajar naik basikal coper (tanpa ada roda tambahan)
umur 6 tahun jugak pergi sekolah tadika naik basikal, lepas tu balik sekolah cikgu suruh bawak kawan (bonceng belakang) balik sama, penatnya kayuh basikal bawak budak montel.....sampai kat rumah barulah mak kawan datang ambik kat rumah....
umur 7 tahun baru pandai membaca...baru pandai mengira

sungguh berbeza budak zaman sekarang
enjoy ke tak life kanak-kanak sekarang ni ya?
kadang-kadang timbul rasa kesian
dengan kelas tuisyennya lagi
kalau tak belajar nanti ketinggalan pulak
itulah kehidupan  budak-budak sekarang
serba serbi kehidupan mereka mesti pantas dan cepat
mengikut arus permodenan....
emmmmmmm.....


ajar aqish style macam nie senang sikit nak kira tambah & tolak ...
syukurlah dia dah boleh faham macamana nak tolak, macamana nak menambah....

cikgu bagi homework, ikut musim kadang-kadang banyak...kadang-kadang sikit...

12 comments:

Amanda Suria said...

Kadang2 kesian tgok anak2 kita byk kerja sekolah kan...

LYAfrina said...

kan.. mmg kesian budak2 sekarang.. kita msa usia ni xyah fikir homework bagai..main je tahu.. pegi tadika pon enjoy je. masuk darjah 1 baru nak belaja mbaca.. bunyi vokal dll.. budak sekarang advance. darjah 1 sekarang dah wajib pndai mbaca,..kalo x ank kita akn ketinggalan..

Zaitun said...

Di negara kita tahap pembelajaran pentingkan banyak A.Itulah sebabnya kecik2 dah dihantar ke tusyen dan sebagainya.

mama 3farhanah said...

Betul tu, kadang-kadang nak kejutkan diaorang pagi-pagi pun dah mula timbul rasa kesian. Keluar sama dengan orang pergi kerja. Pastu kerja punyalah banyak.

Bunda a.k.a KN said...

Balqis sebaya ngn anak saudara bunda Mirza...
Salam ukhuwah dari BUNDA..

insan marhaen said...

sesuai dengan zaman serba ke hadapan,mereka juga mesti cepat.

agaknya nanti ada bayi boleh bercakap bila saja lahir...

ingat kissah nabi Isa?

anak anak di jepun lagi advance. kecik kecik lagi dah belajar teknikal..

εïзmummyHazaεïз said...

K.mieja, seriously masa umur haza baya balqish tau main, panjat pokok, main tanah je kak.. Sekrg anak2 terutama yg duk kindergarden dah pandai nak membaca, mengira.. Untung jugak didedahkan awal..

~SHiLA~ said...

besar dah balqish dah 5thn ye.yela ank shila muda setahun dr anak akk dulu.skrg 4thn

SSulieana said...

pandainya Balqish mengira...tulisan pun cantik je...belajar pandai2 ye Balqish...

hainom OKje said...

Dah katanya nak terapkan KBAT dlm pemikiran depa so kenalah KBAT jugak serba serbinya hihi...
Ok kot ......

TukangKebun said...

Kesian anak-anak sekarang banyak kerja rumah.

nurbijen said...

Itu lah realiti budak2 zaman sekarang... Kesian kan kat anak2 kita kak?
Tak tahu lah mcm mana nasib anak2 sy bila balik msia nanti... Huhuhu, sini pegi sekolah pun main jer... Jarang sgt mereka bawa balik homework