November 29, 2014

Balik kampung@ Kedah

Sudah beberapa hari berada di kampung, Kedah. Setiap kali balik kampung mesti pergi pasar Guar Cempedak untuk bawak balik stok bekalan seperti belacan, asam keping, asam biji & pekasam.

Cuaca cantik hari ini, awan pun cantik.
Sawah padi sejuk mata memandang.
Sekitar pasar Guar Cempedak.
Pergi pasar basah, esok dah nak balik so, Kena beli stok utk bawak balik sana.
Ikan pekasam mesti beli untuk buat stok.
Belacan. Suka beli belacan dekat sini sebab buatan melayu...beli tanpa was-was....
Sebiji RM3. Beli banyak buat stok juga.
Asam jawa. Suka asam jawa buatan org kampung compare asam jawa dari kilang.
Buah rekup, tak pernah jumpa Dan tak pernah makan Sebelum ni....jumpa kat pasar....apa khasiatnya pon tak pasti...
Pakcik jual pekasam melayan Ali
Dan AQish, kucing banyak Kat pasar, budak-budak ni sibuk dengan kucing-kucing yang ada dekat pasar, ada seekor tu sebelah mata biru, sebelah mata hijau....geram tengok....macam nak bawak balik jerk...
Mama meow...

13 comments:

mama 3farhanah said...

Saya esok baru nak gerak balik kampung, perlis.

nurbijen said...

sejuk mata memandang tgk sawah menghijau...
Kecur mulut tgk asam jawa... saya suka sgt ratah asam jawa tu... hihihi

nadia rashid said...

betul kalau balik kg..suka sangat shopping brg dapur buat stok..keluaran melayu beli tanpa was-was

suka suka said...

Semalam akak pun shopping ikan pekasam di Raban..

ayu Ismail said...

cantiknya sawah padi....

εïзmummyHazaεïз said...

Kg haza xdek sawah... Bestnye k.mieja.. Suka sangat dengan pekasam.. terasa leleh air lior

Cikgu Norazimah said...

bestnyer balik kampung ;)

Jemput join segmen CN yer ..

http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

Najib Ariyan said...

saya pernah makan pekasam sekali je seumur hidup... kawan bawak dari kedah... sejak tu saya memang suka...

Zaitun said...

Seronoknya balik kampung. Nyaman dengan sawah padi.
Kak zai dah tak ada kampung.

Yati said...

Cantiknye pemandangan. Sedap ikan pekasam tu, makan dengan nasi je, takde lauk lain pun takpe. :)

Normala Saad said...

Salam,
kat mana kampung Amiiza ya, kampung hubby kak kat Teroi..dekan Pekan Guar Cempedak juga..memang seronok kalau dapat pergi nat kat situ. macam2 ada..

Annur Syuhadah said...

Seronoknya balik kampung Mizaa!
Annur pun terasa nak balik Teganu je minggu ni...rinduu ohh... <3 ^_^

hainom OKje said...

Tempat jatuh lagi kan dikenang....saujana sungguh mata memandang ......
Bestnya mizaaa.......balik KL sure buat sambal belacan kan haha