October 2, 2014

Resepi@ Air Serai+Limau Nipis

Salah satu air kegemaran kalau ada kelapangan masa untuk membuatnya
Malam tadi buat air serai+limau nipis, sedap dan bagus di amalkan.
Suka letak serai banyak-banyak, baunya semerbak satu rumah bau....
Boleh buat banyak dan simpan dalam fridge or bawak pergi office minum sepanjang hari pon best :)
Ali dan aqish suka air serai nie, tapi allysha tak layanlah air pelik-pelik nie :)



Air serai yang banyak khasiatnya seperti di SINI
Kebaikannya:
  1. Anti kanser
  2. Anti oksidan
  3. Proses pembuangan toksik dari badan
  4. Menstabilkan tekanan darah dan kolestrol
  5. Sembelit
  6. Demam dan Selsema
  7. Senak Perut
  8. Artritis, Gout dan Sakit Sendi
  9. Angin dalam perut
  10. Mengatasi masalah haid
  11. Merawat jeragat dan jerawat

RESEPI AIR SERAI+LIMAU NIPIS
  1. serai (5-6 batang) hiris dan ketuk (lebih suka letak serai banyak, sedap rasanya)
  2. limau nipis (satu biji)
  3. Madu (ikut citarasa) nak manis or manis-manis buah sahaja
CARANYA
  1. serai yang dah dihiris dan diketuk + letak air, masak hingga mendidih
  2. biarkan sehingga mendidih
  3. tutup api dan biarkan sejuk.
  4. bila nak minum, perahkan limau nipis + madu
  5. hidangkan.

7 comments:

Monalita Mansor said...

ganti dengan serai wangi boleh tak?

εïзmmyHazaεïз said...

Xpernah try lagi.. Teringin pulak k.mieja

-iLLa- said...

hubby ada gout..bole cuba neh kak...binik p masak telor sotong ari ni.kekekekeke

Dunia Zumal said...

Zumal pun nak try buat la ^_^

AMIIZAA@Mieja said...

Cik Mona: serai wangi utk mandian....baunya semerbak wangi dekat badan....kena pakai serai biasa:)

Haza: trylah...sedappppp :)

Ila: try buat...senang jerk....letak madu...:)

Kayu Manis said...

byk khasiat nya... nti boleh cuba.. skrg ni suka beli serai.. bt msk2 jer.

Suliana said...

Blh try ni kak. Skrg kan musim air detox. Hehe