October 9, 2014

Minggu Ini @ KisahTanaman Hijau

Pagi tadi hati berbunga-bunga bila bunyi katak bersahutan dekat luar rumah
dalam hati, yeahhh nak hujan tapi sampai skrg tak hujan pon...panas :)
bagus jugak pokok-pokok kena hujan, cepat membesar dan nampak hijau
serta nampak segar bila kena hujan
sekarang nie tengah tanam jagung pulak
tapi tak banyak...ada yg dah tumbuh ada jugak yg tak tumbuh
pokok jagung yg tanam kat tanah membesar elok, tp yg tanam dekat pasu semua macam malu-malu nak tumbuh...huwarghhhhhhhhh......pokok kangkung tu senang hidup...tak der sapa nak makan...selalu cabut buang bila dah merayap terlalu banyak.....budak-budak nie kurang makan sayur, bila goreng kangkung mama dgn papa jerk yg makan.....

kacang bendi minggu nie tak sempat nak petik
semalam petik 3-4 biji & sebiji terung utk dimasukkan dalam kari ikan siakap
banyak yg dah tua, tak lama lagi keringlah si kacang bendi kat pokok tu jadi benih
sapa nak boleh emailkan address ya...nak bagi free jerk benih kacang bendi....

daunnya kena makan serangga....buruk.....:(
semalam sempat belek-belek pokok-pokok
paling menyedihkan, pokok terung kena serang serangga
macamana nak buat? kena sembur ridsect ke?
tanam pokok terung adalah dalam 5 pokok aja
beberapa bulan yg lepas terpaksa potong semua pokok-pokok terung nie
sebab nak elakkan kutu putih tu menyerang dan makan pokoknya
juga takut merebak ke pokok lain
alhamdullilah dah tumbuh semula, dah naik elok pokoknya dan dah berbuah.

tapi semalam petang tengok macam ada serangga yg makan daun terung nie sampai buruk
mcamana nak solvekan problem nie?
ulat pon dah menyerang, ulat-ulat ni tengah sedap makan kacang bendi.....
terung panjang pon dah tua....buat benihlah jawabnya...

beza daun yg sihat dengan daun yg tak sihat mcm dekat atas nun
Pokok Pisang Lemak Manis
Pokok Pisang tanam dekat luar rumah dah naik sikit, ini pisang lemak manis namanya
ambik benih dekat rumah lama, tanam dekat rumah Cbj pulak
jenuh jugak pokok pisang nie nak hidup
hari tu kena mesin dengan bangla (tukang mesin rumput)
habis togel, sekarang baru membesar semula

pokok kelapa nie memang tak der umur nak hidup
anjing agaknya yang suka meleset dekat pokok kelapa ni
kalau kat kampung boleh jugak terima akal, sebab kambing yg suka buat kerja mcm nie
tapi kalau kat dalam taman buat macam nie....memang sah ler anjing yg empunya kerja kot

ini pulak angkara anak-anak bulus
eiiii...depa dah mula membuat onar, mcm nak nangis tengok
nak kena cubit pipi sekor-sekor nie kang
habis dikoreknya tanah pokok cekur yg baru pindahkan kepasu lain
depa korek dah semakin dalam....hari-hari dikorek.....memang boleh mati cekur nie
selalunya hobi mengorek tanah ni si LV, dia suka korek kat satu sudut sampai tanah tu lubang besar
yg ni tak tau sapa punya kerja..... LV kot hehehheheheh....
ini pon sama, angkara anak bulus......habis dah tempat tu jadi tempat membuang air kecil mereka, mati si RJ yg dekat area situ.....botak dah nampak tanah dikerjakan......

dalam pada membelek pokok-pokok yg layu tu....ehhhh ada gak keluar bunga si pink nie...si putih tak keluar plak bunganya ..selalunya sepasang sedondon.....nama bunga nie tak taulah apa namanya...rain lily kot...dah tak ingat....dulu masa aktif dekat forum-gardening, bukan main sakan menanam dan mengingat ID bunga-bunga nie....skrg tinggal saki baki jerk......

13 comments:

Kakzakie said...

Kakak kalau tengok org banyak tanaman keliling rumah memang terus cerah mata tak berkelip. Kakak suka tengok. Rumah kakak tanah secoet aje sebab tu semua tanam dlm pasu. Kalau ada peluang macam ni bestnya... suka tengok kan..

Fiza Rahman said...

Bestnya kak. Boleh bercucuk tanam. Seronok tgk hasil tanaman sendiri.

AMIIZAA said...

Kak zakie,
senonet pon boleh tanam macam-macam tu...sebab minat kan...hehehehhehe....

Buah Kedondong said...

Salam mama mieza,

lama dah linda tak melawat blog akak.

alhamdulillah, antara blogger yang sangat linda sanjungi dalam memperjuangkan penyusuan susu ibu. dari linda anak 1 sampai dah 3, amat berterima kasih pada akak kerana "bimbing" saya melalui penulisan akak.

Mama Caca Marba

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Rajinnya bercucuk tanam...

paridah said...

suka baca n3 miiza senang hati tengok sayur2 yg subur n bunga2 pun ada...rajin miiza.

insan marhaen said...

Salam,

TK kerana follow blog IM. Dah linkkan ke bloglist.

Rajin godek-godek tanha kosong. Dulu masa ibu_suri sihat, tanah sekangkang kera depan bilik IM ibu_suri bercita-cita nak buat taman herba. Tapi sekerat jalan...

Normala Saad said...

Amboii..syoknya tengok orang banyak kawasan lapang berkebun. Cantik terung Miiza tu...terung kak asyik berbunga saja...buahnya tidak. Kenapa ye?

monalita mansor said...

wah bestnya Miza bertanam di bumi. Akak bertanam atas langit...hahahaha

dee said...

bestsnye umah ade tanah..boleh tanam mcm2..

btw, salam kenalan:)

TukangKebun said...

Pisang yang baru dipindahkan subur hilang kena makan dengan angsa, ni baru naik pucuk balik.

umi alya said...

Rumah saya xder pokok sayur, yg tinggal kini ala2 hutan simpan.. (Dasat pemalas, hi3)

Sha Nikitasakura said...

Suke tgk byk tanaman mcm nu..sy pun tringin nk tanam pokok..tp umah xde tanah...kesian kt sy.. :(