October 8, 2014

Kisah Anak Bulus luka @LV

Bulan lepas tiba-tiba nampak berlubang dekat belakang badan LV
tak pasti kenapa, mungkin bisul agaknya
allysha dah bising suruh bawak pergi Vet
emmm....tak sempat nak pergi Vet sebab bussy sgt masa tu
lagipun Vet dekat Seri Kembangan tu buka waktu petang (sabtu/Ahad)
leceh jugak nak kena menunggu
teringat Vet dekat Muar, tapi jauhlah pulak
paling best Dr. Vet pernah jumpa...mungkin sebab Dr. Razin byk pengalaman


kalau tak letak ubat takut akan berulat kat dalam badannya
mangotkan namanya

terfikir petua letak minyak gas dekat tempat yg berlubang tu
titiskan minyak gas dekat badan LV yang luka
mengitai si LV kepedihan, lari lintang pukang
kesian dia....
lama jugaklah nak baik luka kat belakang badan tu
minggu nie mama tengok luka tu dah mengecil dan tertutup
syukur allamdullilah

lubangnya sangat dalam jugak...tak sure kenapa...mungkin bisul

dah kering dan makin mengecil, yang paling penting luka tu dah tertutup kembali.

Inilah satu-satunya anak bulus betina yang ada dekat rumah, yang lain semua jantan. Usia mereka 4 beradik dah 5 bulan 3 minggu.

14 comments:

εïзmummyHazaεïз said...

Alahai kesian anak bulus.. Dulu kat kg pon kusheng haza berlubang mcm ni. Arwah abah taroh myk gamat pulak :)

Kakzakie said...

Alesya ni pun sama macam mama dia sayangkan kucing. Kalau jenis geli tak mampu nak bubuh ubat walau minyak gas...

Nampak dah makin sembuh pun tak payahlah ke veterina pun

LYAfrina said...

nanti bwk g vet ye.. nmpk dalam gak luka.. kot ada effection lak nanti..

geram sokmo klo tgk kucing mata bulat ni..

monalita mansor said...

ala syiannya. comel plak tu.

Seharum Doa Bonda said...

astaghfirullah kesiannya bulus. alhamdulillah dah sembuh ya. amiizaa duk muar ke? orang muar rupanya dia :D

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Kesian kat meow2 tu. Zumal pun kalau tengok berlaku sesuatu kat anak-anak bulus nie memang terkejar bawak pergi Vet...

Mek Rose said...

salam kak mija..last day sy ade singgah blog akak tp tak sempat nak leave comment anak2 nak panjat lappy ha ha ha

kucing sy duluuu msa bujang sy suka bela kucing gak..biasa jd camni if bergaduh smpai luka2...tp alhamdulillah buh gamat jd ok balik luka dia..

Malek Ku said...

kesian..hritu kucing saya kena langgar..injured truk..dua hri xble mkn

My Recent Post..Kerja Part Time Online Yang Simple...MimplePimple

aishah nin said...

Bawak g klinik haiwan je :)

Normala Saad said...

Kesiannya. Besar dan dalam juga lukanya. Nasib tak berulat mcm kucing kakak dulu.lagi siksa. berulang pergi vet. Dia orang masukkan sejenis asid untuk keluarkan ulat dalam lubang. Ya Rabbi..kita sekali macam nak terkencing. Sejam tunggu untuk lihat ulat2 tu melompat keluar.Mujur sembuh juga.

msredcheesecake said...

Cute nya lv... Sian dia luka...

Knor said...

wow geramnya tgok..tapi dr jauh ajelah...

cpt sembuh ye

babYpose said...

mom n doter sangat caring, alhamdulillah dah mula sembuh.

TukangKebun said...

Kami pula ada seekor je jantan lain semua betina.