October 7, 2014

Hari Raya Haji@Aidiladha

Pertama kali hari raya haji kami tak dapat balik kampung sebab papa kerja sabtu dan isnin, shell tgh quater close now. Jadi kita raya dekat CBJ sahaja.

Menu pagi raya:
Ketupat daun kelapa anyam sendiri, ketupat instant pon rebus jugak, kuah lodeh, kuah kacang, rendang daging, kari ayam & kek buah. Buah mangga, Ice lemon tea & air kopi.

Gambar famili raya tak snap pon sebab masing-masing mood mengantuk. Semua tidur lewat malam tadi, mama sibuk memasak juadah untuk raya mereka bertiga pon sibuk tak tidur jugak. 

Solat sunat raya dekat masjid bomba Cyberjaya, plan asal nak solat dekat masjid Putrajaya tapi disebabkan mereka bertiga bangun lewat tak sempat nak pecut ke masjid Putrajaya. Lepas balik solat raya acara wajib makan seisi famili & seterusnya pergi raya ke rumah bb sitter aqish & juga hantar juadah raya sekali.


Ni pula Kisah aktiviti sabtu yg sibuk, pergi merata pasar mencari daun palas habis, daun kelapa betul-betul tinggal satu ikat. Ambik lah jugak, lebih suka anyam ketupat sendiri, baru rasa macam raya, sedikit ralat sebab tak dapat cari daun palas. 

Gabungan makanan  tradisi utara dan selatan mesti ada. Anak-anak dah pandai makan kedua-dua variasi dua negeri kelahiran mama (Johor) & papa (Kedah).



Siap memasak rendang, kari dan kuah kacang barulah merebus ketupat nasi. Merebus ketupat jam 3 pagi, kecilkan api dan tinggalkan sampai subuh. Subuh, sambung masak kuah lodeh pulak. Style orang Johor memang macam nie kot, masak macam-macam jenis, dah terikut-ikut cara nenek. 



7 comments:

Monalita Mansor said...

salam aidil adha utk Mizaa dan keluarga. Omak...penuh meja ya. boleh mintak pos ke pj tu.

TukangKebun said...

Salam AidilAdha.
Seronok tengok juadah sini banyak hasil tangan sendiri.

paridah said...

salam iduladha amiiza sekeluarga...banyaknya juadah hari raya sedap tu...

Dunia Zumal said...

Sedap2 menu raya tu... Salam Aidiladha yer ^_^

Kakzakie Purvit said...

Ye betul style kita sama. Mesti nak ada ketupat, lodeh, sambal kacang barulah ngam hihi... Masak-masak-masak lepas tu sehari-suntuk makan-makan-makan:)



Normala Saad said...

Salam. Banyaknya masak..suka tengok orang pandai anyam ketupat. Kak ni sampai bercucu tak pandai...ketupat husband yang balutkan dari dulu sampai sekarang.

LYAfrina said...

meriahnya lauk pauk..
salam aidiladha ...