September 26, 2014

Resepi @ Bubur Nasi

hari tu bw dekat blog AZAH
azah masak bubur utk uwan yang tak sihat
rasa teringin pulak, nampak sedap jerk.
bubur nasi memang peberet sepanjang masa

dan mlm tadi taraaa....masak bubur tapi bubur yg biasa saya buat berlainan sedikit
saya tumis dahulu dan barulah masak mcm biasa
rasanya taklah rasa plain ada rasa dan anak-anak suka sebab tak jemu

dulu masa anak-anak kecil (baby), bubur utk mereka saya tumis jugak
minyak utk menumis saya guna olive oil, bawang jgn pakai bawang merah sebab tak bgs utk otak mereka. Gantikan dengan bawang holland or letak bawang putih dah memadai.
Boleh letak ayam, salmon or ikan merah dalam bubur mereka.

Bubur nasi makan dengan telor masin, ikan pekasam, bendi & cili kicapp....emmmm sedappp...peberet sepanjang masa bubur nie...


RESEPI BUBUR NASI
  1. bawang holland
  2. bawang putih
  3. ayam/udang (ikut citarasa masing-masing suka nak letak apa dlm bubur)
  4. minyak utk menumis
  5. satu kiub pati ayam knor (kalau utk baby, tak perlu pati kiub)
  6. beras
  7. air secukupnya
CARANYA:
  1. Hiriskan bawang holland dan bawang putih.
  2. Tumiskan bawang hingga naik bau.
  3. masukkan ayam/udang/sotong dan ayam pati kiub
  4. biarkan hingga nampak sebati
  5. dah naik bau dan sebati masukkan air, masukkan beras
  6. masak bubur hingga kembang
  7. hidangkan

6 comments:

Irz Zack said...

bila baru baik demam ni teringat kalau time demam makan ni memang best. tak teringat pulak nak makan bubur nasik waktu demam. asik carik hundred plus aje. huhuhu

Nastyna said...

dahlama tak buat bubur nasi... i pun suka style tumis tu.

fida firdaus said...

nampa sedap ja ni. mesti sedap kan. :)

TukangKebun said...

Bila demam memang yang simple cam ni je dapat ditelan.

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Menarik & nampak. Sedap..tapi buat masa nie farah x boleh ambik nasi lagi.. so kena tunggu la bila dh tercapai target baru boleh try buat ikut resepi nie.. =D

LYAfrina said...

time demam n x sihat..mmg nikmatla mkn bubur nasi ni..