September 23, 2014

Jambu Bol@ Anak Benih

Menanam pokok adalah kegemaran saya pada waktu lapang. Boleh leka duduk dekat luar membelek anak-anak hijau....Pokok yg saya tanam berdasarkan pokok-pokok yang pernah saya tengok ketika saya membesar waktu kecil dahulu contohnya tok ju/ nyai menanam pelbagai pokok sekeliling rumah, bila saya teringat kegemaran beliau, maka sekarang sayalah penyambung menanam pokok kegemaran beliau. Rindu dekat mereka berdua....

dua bulan lepas, saya telah meminta seorg rakan untuk membelikan buah jambu bol, dengan harapan dapat makan buahnya. Sebab buah jambu bol dah lama pupus, ketika  zaman kecil, saya pernah memakan buah tersebut. Pokok yg ada dekat rumah nyai sudah ditebang, maka ia hanya tinggal kenangan meningatkan kepada buah tersebut.

Tapi sedihnya bila sampai ke tangan saya sudah pon rosak@bonyok.....salah saya juga sebab tak ada masa nak pergi ambik. Tapi saya ambik jugaklah buah jambu yg dah bonyok tu.....balik rumah saya bersihkan dan semai, semai setiap satu pot satu biji.

Dengan cuaca yang agak panas ketika bulan puasa dan cuti yang lama @ ketika hariraya aidilfitri maka semua semaian saya mati. Ada satu pot yg masih berdaun juga sudah tidak bermaya ketika saya sudah pulang kerumah selepas raya. Setiap hari disiram, lama kelamaan semaian itu kembali tumbuh dengan baik.

Ini buahnya: selepas dikupas bersih, untuk di semai.

semaian ini kembali tumbuh selepas disiram setiap hari, alhamdullilah

dah sedikit meninggi, moga pokok jambu ini pjg umur

Gambar Ini buah jambu bol: dari google


INFO Pasal Jambu Bol
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jambu_bol

Jambu bol atau dikenali dengan nama jambu kepal dan jambu merah adalah tumbuhan dari famili Myrtaceae. Jambu ini tidak sama dengan jambu air. Jambu bol dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia tetapi taburannya kini boleh didapati di India, Asia Tenggara hingga ke Kepulauan Pasifik. Ia juga ditanam di sekitar Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

8 comments:

LYAfrina said...

waa..sedapnya jambu ni..
dah lama x jumpa n mkn..pnh makan dulu2 kat pokok rmh arwah tokwan

Myra Jay said...

Alhamdulillah akhirnya ada hasil..

sedapnya jambu ni :D

@na said...

Salam ziarah,
pokok asam bol tu boleh tnm dalam pasu ke miza? seronok tgk buah dia mcm epal..

Unknown said...

dkt kg saya pn ada buah jambu ni masa kecik2 dulu..mmg betul, skrg dh pupus..susah nk jmpa..tp x ingt dah kami pggil jambu apa. sedap buahnya..tak manis dan tak masam sgt..

Ainul Mustafa said...

saya panggil jambu keling. sama ke lain? hehe

Ayu said...

tetiba nak makan jambu bol ni pulak,ekekeke...

paridah said...

jambu ni yg ranum sedap rasanya...tapi pokoknya besar n perlu ruang luas juga.

mardiana said...

kecik-kecik dulu selalu makan jambu ni. huhuhu. rindu kat rumah arwah tok.