September 11, 2014

Allysha@ Bun Sosej

Allysha request nak bun sosej utk bekalan pagi ni
ok, mama layan jerk
semalam pergi kedai nak beli fresh milk
dah sampai kedai, otak sudah tak keruan asyik fikir paper Sains Bocor + postponed
sampai lupa nak beli fresh milk
balik rumah,  fresh milk betul-betul tinggal sikit, aqish dah minum habis
maka mama tukarkan fresh milk ke susu sejat jerk


menguli dah malam, nak tunggu kembang lagi, pagi-pagi tengok dah debab-debab
pagi tinggal bakar jerk, bawak lebih utk kawan-kawan allysha jugak

Resepi simple dan roti sangat lembut, semua mak-mak boleh buat sebab senang


RESEPI BUN

  1. 1 sudu besar yis (mauripan)
  2. 2 sudu besar air suam
  3. 1/2 cawan fresh milk
  4. 1/2 cawan minyak
  5. 2 1/2 cawan tepung (yg ini main agak-agak aja, kalau lembik tambah tepung lagi)
  6. 1 biji telur (dipukul)
  7. secubit garam
  8. 1/2 cawan gula
  9. sebiji telur utk sapu kat atas bun

CARANYA 
  1. Cairkan 1 sudu yis bersama 2 sudu air suam & 1/2 sudu tepung dan secubit garam. Kacau hingga sebati. Biarkan selama 10minit.
  2. Selepas itu yis akan kembang & naik cantik.
  3. Suam susu segar, gula dan minyak. Bila gula dah larut dan sebati, masukkan kedalam tepung (masukkan tepung satu cawan dahulu) kacau agar tak bergentel.
  4. Masukkan telur & kacau
  5. Masukkan yis 
  6. Masukkan tepung sikit demi sikit , uli sehingga tepung tidak melekat.
  7. Biarkan dalam 1jam
  8. Dah kembang, bolehlah doh tersebut di bentuk mengikut citarasa masing-masing. Nak inti kelapa, kacang merah, sosej, tuna, ikut citarasa masing-masing.
  9. Oven pada suhu 200'C
  10. Masak selama 20 minit


No comments: