August 28, 2014

EP@Pasal Kemas Rumah Lama


cuti 2 hari  - khamis dan jumaat
untuk mengemas rumah lama
juga sudah tiba masanya kami menyewakan rumah ini
sayang nak sewakan, tapi rugi pulak kalau tak ada sapa-sapa tinggal & kosong macam tu
masa pindah rumah, memang tak bawak barang-barang
bawak mana yg penting aja

Hari khamis bermula operasi mengemas
mama ambik cuti, balik rumah equine sorang-sorang
papa kerja, dah dua minggu juga papa mengecat & mengemas dinding rumah yg diconteng anak-anak

tengok rumah equine, termenung sekejap
tak tau nak start dari mana dulu
barang memang banyak....sampai tepu nak fikir

akhirnya, mama start mengemas kitchen kabinet dulu
keluarkan pinggan mangkuk, wrapping dgn kertas dan masukkan dalam bakul jerk
pingan mangkuk jerk dah 3 bakul, simpan dalam stor
barang-barang dapur banyak tinggal, malas nak bawak balik rumah cyber
tupperware pon sama berplastik-plastik....collections kononnya


dah habis kemas kitchen kabinet
mengemas stor dalam kitchen kabinet plak
periuk belanga yg tak nak pakai buang jerklah
plastik-plastik tak pakai pon buang
malas nak pikir banyak, lagi disimpan lagi semak nanti
so buang mana aja mana yg patut

mengemas, mengemop mengelap hob & hod, mencuci fridge
settled area dapur utk hari khamis, lega sikit nampak dah bersih.

esok sambung lagi

barang-barang nie semua tinggal, malas nak bawak balik rumah skrg. pening nak kemas. agak-agak nak pakai barang beli jerklah...cewahhh banyak cantik ......hiksssss
Barang-barang nie semua keluar dari kitchen kabinet mama.
fridge tinggal, so penyewa boleh pakai fridge ini.
dah clear, lega sangat.....


No comments: