November 12, 2013

Majlis Makan Malam Amal Sempena 10 tahun SKCJ

Dah beberapa minggu yg lepas
baru mama nak update....dah nak cuti sekolah pon...

Malam sabtu ke majlis makan malam amal sempena 10 tahun SKCJ.
kami ibu bapa sentiasa menyokong penuh usaha sekolah SKCJ
dalam menaikkan nama sekolah, menaik taraf
dan pelbagai perkara aktiviti yg ke arah kebaikan dan aktiviti utk murid-murid.
Insyaallah ada rezki, kami tetap terus menyumbang utk SKCJ

Bertempat di Dewan Sekolah Seri Puteri,Cyberjaya.
Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.
Semoga aktiviti ini akan diteruskan setiap tahun.

Guru Besar yang Pertama: Cikgu Asmah. Guru besar pertama yang menerajui SKCJ pada awal pembukaannya pada tahun 2003. Masa tu Cyberjaya masih hutan, kosong tanpa bangunan. Yg ada dekat sini MMU, MDC, Cyberview Lodge.

Berbangga sebab dapat lihat perkembangan Cyberjaya dari awal ia di buka (hutan estet) sehinggalah kini sudah menjadi hutan konkrit pula, dari jalan yg kecil hutan kanan kiri nak ke Cyberjaya, kini Cyberjaya bertukar wajah. Kalau dulu tak ramai students, kini students semakin ramai dan tahun depan SKCJ terpaksa menampung dua sessi (pagi dan petang).

Guru Besar ke-2: Cikgu Ismail
Seorg GB yg sgt dedikasi, kreatif & dialah yg menaikkan nama sekolah dari pelbagai sudut, beliau juga yg membimbing guru-guru sehingga berjaya mendidik murid-murid tahun 6 berjaya mendapat results UPSR terbaik Daerah Sepang setiap tahun.  Disayangi oleh murid-murid dan guru-guru, tapi sayangnya dia telah ditukarkan ke sekolah lain yg berhampiran dengan rumahnya. Ini peberet GB Allysha.

Guru Besar ke-3: Tidak hadir, beliau juga telah dipindahkan kesekolah lain beberapa bulan yang lalu.

Guru Besar ke-4: Guru besar baru Cikgu Zahari, harapan ibu bapa semoga beliau seperti GB Cikgu Ismail, dedikasi, kreatif dan bertolak ansur terhadap guru-guru dan ibu bapa. Disenangi dan disayangi murid-murid SKCJ.

Dewan makan penuh, kutipan amal juga berjaya dikutip.
Lebih 500org tetamu yg hadir.
 Sebelum balik allysha & rakan-rakan.
Budak Pink:) Jumpa reben dia pie lekat kat rambut.


No comments: