June 29, 2012

Hujung Minggu

Misi 2 hari dihujung minggu
syukur alhamdullilah, akhirnya berjaya juga
misi menanam anak-anak sawit
kebun yg dulunya hutan semak samun
hasil usaha semua bertungkus lumus
alhamdullilah dah bersih 

bawak allysha, ali iqbal & balqish
situasi ini tak akan dapat dirasai selalu
masa mama kecik dulu pon tak merasa masuk kebun

jadi mama nak kamu bertiga merasa
macamana duduk dekat kebun
penat & panas
macam atuk selalu buat :)


allysha & atuk.
kena pergi ke kebun awal pagi, cuaca sangat panas. Pukul 10pagi pon dah mcm nak pengsan panasnya...allysha tengah mencuba korek lubang. Auntie zura mamarazi...hiksss
atuk tukang angkut anak sawit.

Hari ke-2 dah hampir selesai mission menanam anak sawit, maka atuk pasang 'orang-orang'.
Allysha ditugaskan melukis muka 'orang-orang'
Tara dah siap...ada 3 tempat atuk pasang. Takut Cik Babi datang makan anak sawit.

turn ali plak nak merasa korek lubang
 Ok, Hari dah tinggi...syukur dapat siapkan kerja-kerja ini bersama family tersayang.
Seluruh warga tenaga kerja atuk dan nenek :)
Ok, nak balik....papa benarkan mereka pergi mandi sungai. Selalu kekebun dekat dengan pantai, lepak dekat pantai aja selepas kekebun. Tapi kali nie kita baru tahu yg dekat kebun yg ini ada tasik dan sungai.

No comments: