February 24, 2012

PETUA: Majakani

Lama mama tak simpan petua-petua yg mama amalkan masuk kesini, utk  rujukan allysha & balqish bila besar nanti. Penjagaan dalaman & luaran sangat penting walaupun kita sibuk dengan pelbagai tugasan. Diri sendiri adalah anugerah yg tak ternilai utk kita belai dan jaga disamping kita membelai anak-anak dan suami.


Sebelum nie, dalam page yg belakang-belakang ada mama share petua manjakani semasa dlm pantang, tapi kali nie mama nak share manjakani yg mama amalkan untuk setiap hari. Biasanya amalan ini mama lakukan sebelum tidur mlm. Nampak mcm renyah, tp sangat ringkas sebab rutin harian sebelum masuk tidur mesti bersih dan wangi kan?


Rupabentuk majakani seperti gambar di bawah, ada dijual dikedai-kedai runcit & kedai mamak. Paling penting kosnya sangat murah.



CARANYA:
1). Ambik satu paket manjakani, cuci bersih dan rebuskan di atas api. 1 paket nie tahan utk satu minggu, setiap hari cuma kena refill air baru dan didihkan semula.

2). Dah nampak mendidih dan airnya nampak dark choc tutup dan biarkan ia sejuk


CARA & KHASIATNYA:

1). Ambil airnya, dalam seteguk cawan baca bismillah dan selawat 3kali, minum. Boleh minum ikut kesesuan diri masing-masing (agak-agak). Agak pahit, tp sedap...:)
Khasiatnya utk melambatkan proses penuaaan (awet muda), slim dan mengetatkan vagina.


2). Air rebusan manjakani, ambik dalam  setengah gayung.+dengan air paip setengah gayung, bila dah habis mandi bilaskan dengan air manjakani tadi. Khasiatnya utk menegangkan seluruh badan & breast. Last, cuci vagina kita dengan air manjakani itu juga.


3). Sebelum tidur, lepas dah cuci muka bersih dari makeup, ambik setengah gayung air manjakani yg direbus tadi, campurkan dengan setengah gayung air paip. basahkan muka kita dahulu dan ambik sebiji buah majakani yg dah direbus bersama-sama airnya tadi. Ramas-ramaskannya diatas tapak tangan, baca bismillah & selawat nabi sapukan dengan lembut keseluruhan muka kita, gosok-gosok  dengan lembut seluruh muka biarkan beberapa minit (dlm 5 minit). Siap 5 minit, ambik air manjakani tadi, cuci 3kali sambil berselawat dan biarkan ia kering sendiri (jgn lap). Kulit akan terasa tegang. Khasiatnya utk menegangkan kulit, mengecutkan jerawat dan menghindarkan jeragat.


4). Seminggu sekali, amalkan sebiji manjakani dengan direbus/ditanak didalam nasi. makan dengan nasi panas. Kalau tak tahan rasa pahit, kepalkan dengan nasi panas.


Manjakani boleh melambatkan proses kekenduran @awet muda. Kita hanya berusaha, selebihnya allah swt yg memberi dan memperkenankannya, AMIN.













11 comments:

SSulieana said...

best! tq kongsi petua k.mieja...patut la akak awet muda...hehe

@e_da said...

tq kongsi kak... patutla kak mieja cantik je.. kat umah ada 2 paket mak belikan.. nak cubala

~SHiLA~ said...

rajinnye k.mieja amalkn sume ni.patutla mcm adek² ngn kakak je dgn ank².hehe

k.mieja nk jemput dtg besday party danish ahd ni.pukul 12.30-5.30ptg.klu k.mieja free la.ni add umah

A1-06-08, Parcel 15-12B
Presint 15

lia said...

wahhhh...

tq kak kongsi petua ni...

InsyaAllah nak buat lepas b'salin nnt...

mama shifa said...

k.mieja tak pahit ker?
masa dlm pantang dulu
sikit haram tak sentuh manjakani ni

pelik la mimie ni pahit nescafe suka
pahit ubat mujarab mcm ni takut nak telan

mcm mana tu?

~CanaryGalapagos~ said...

waaa nak buat jugaklah...patutlah tgk akak muda jelita jwerr ehwhe. tq kak really good info!

εïз mummyHaza εïз said...

bestnye petua kmieja... haza nak tanye, manjakani ni klu di rebus jadi lembut yek, sebab haza baca situ boleh di makan dengan nasi panas... klu dalam pantang boleh start buat dah kmieja..??

Amiizaa2001 said...

SUE: trylah amalkan:) kesannya bila kita tua2 esok:)

Aeda: Cuba minum & cuci muka, blh tegangkan kulit muka juga:)

Shila: tksih sudi jemput, akak full weekend lepas....hppy birthday danish tomei:)

LIA: aaahh trylah....cepat elok jahitan luka kat bawah kalaou hari2 amalkan:)

MIMI: tak pahit...pahit lg daun mengkudu:) trylah....sedapt...cuma masa period kena stop segala jamu+manjakani. Rehatkan badan:)

CG: try buat:):) murah dan jimat:)

HAZA: aaaa'ahh direbus jadi lembut. Minum airnya setiap hari (dlm pantang), kalau tk tahan nak minum ambik sebiji tanak dalam nasi, kepalkan dgn nasi makan.

Cepat memulihkan rahim+rapatkan semula.

Jadikan ia amalan harian:)

Yaati Nor said...

dulu ms ibu saya bsalin nampak dia guna manjakani nie asah kat pasu pecah tu..elok nie amalkan.saya nak minum la air dia dalam pantang nnt.kak mieja saya tgh cari jamu serbu utk dalam pantang. nak beli kat akak boleh tak? byk sikit blh buat stok.tak tahu nak mkn apa lagi time dalam pantang nnt..

fazian.batrisyia said...

Tq kongsi...kiranya da brp lama akak amalkan?

Ietams said...

salam singgah,
terima kasih share info ni eh..
nanti nak try cari & praktikkan la..