August 5, 2011

Petua Susu: Bubur Lambuk

Petang semalam salah satu menu adalah bubur lambuk. 
Suggestion dari Mak Yah 
yang boleh membanyakkan air susu buat ibu-ibu yang menyusu.

Ambik Resepi dari Kak Hanieliza+Mat Gebu
tapi mama dah ubah ikut citarasa sendiri
mama tk suka rasa rempah kurma+kiub tulang. 
so, mama tak letak. 

1). Minyak juga mama tak pakai minyak+minyak ghee yg disuggest, mama pakai minyak zaitun.

2). Jintan manis & Lada hitam sahaja yg mama guna sebab jintan manis bgs utk membanyakkan air susu.

3). lada hitam pulak, sapa yg ada tekanan darah rendah bgs diamalkan disamping utk memanaskan dalaman kita.

4). Safron mama tak jumpa kat kedai bentuknya macamana, pon tak kenal bentuknya,maka tak letak Safron. Stok safron dari Lubnan memang sentiasa ada kat rumah tapi tak berani nak masukkan takut tak sama. Safron juga bagus diamalkan utk banyakkan air susu, org-org arab memang mengamalkan safron utk seisi keluarga (bgs utk otak).

5). lada sulah/ketumbar tak letak. Takut pedas sangat.

Bubur lambuk mama : tak suka bawang goreng maka mama hanya letak daun sup+ikan bilis goreng

RESEPI:

Bahan-bahannya
Olive oil
Beras (ikut sukatan masing-masing)
Santan (1 biji kelapa)
Air (secukupnya)

Kayu Manis
Bunga Lawang

Jintan Manis -tumbuk
Lada hitam - tumbuk (dah ditumbuk, letak olive oil goreng hingga naik bau)

bawang holland (kalaou nak guna bwg kecil/besar ikut citarasa masing-masing)
bawang putih
udang kering  (ketiga-tiga bahan nie dikisar)

Daging lembu
udang 
karrot
kentang
daun sup
daun pandan
pati kiub ayam
garam secukup rasa


CARANYA:
  1. Basuh beras bersih & toskan.
  2. Bahan-bahan sprt bawang, bwg putih & udang kering dah dikisar dahulu.
  3. Jintan manis+lada hitam ditumbuk halus, kemudian goreng dahulu hingga naik bau.
  4. Letak minyak zaitun dalam periuk, dah panas, masukkan bahan-bahan yg dah dikisar tadi (bawang+putih+udang kering)+kayu manis+bunga lawang, dah naik bau masukkan jitan manis+lada hitam yg dah digoreng tadi. Kacau hingga naik bau.
  5. Masukkan udang + daging, kacau dan letak air sikit. Biarkan sampai naik  bau.
  6. Dah naik bau masukkan beras+daun pandan. Kacau seketika.
  7. Masukkan air (air ikut sukatan masing-masing)
  8. Biarkan sampai kembang cantik.
  9. Dah kembang beras tadi, masukkan santan pekat.
  10. Kacau seketika.
  11. Masukkan kentang+carrot.
  12. kacau-kacau sehingga bubur jdk cantik kembangnya
  13. Masukkan garam+pati kuib ayam.
  14. Dah empok kentang+karrot, dah kembang cantik, bolehlah angkat+tutup api gas.
  15. Hidangkan.

Buat banyak pon ok, utk stok 3-4hari, dah sejuk terus packkan kedalam freezer. Semalam ada lebih, maka mama pack siap-siap dlm freezer, bila nak makan baru keluarkan.

Sekarang freezer dah kosong, so banyaklah stok frozen mama suka buat...air batu pon ada, tp belum pernah lagi pakai, sebab tak nak biasakan allysha minum air sejuk. Stok ais tu utk emergency bila mereka jatuh berdarah, benjol bengkak. Susu balqish tinggal beberapa ketul jerk utk bekalan kenesery.



3 comments:

Fiza Rahman said...

Sedapnya kak, nak satu ☺☺☺

fazian.batrisyia said...

drp hari tu nak makan bubur lambuk yg sedap. Kalau blk kg sure mak buatkan. Air tangan mak & arwah bapak sedap, tapi tak turun kat anak la pulak. Dapat dr masjid kat tempat kerja, terhangit la pulak..membantutkan selera. nanti rajin boleh cuba resipi akak.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

kat opis BSB setiap isnin ada buat bubur lambuk..