August 1, 2011

Petua Banyakkan Air SUSU: Bubur Merah Bubur Putih

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Semoga segala amal ibadah kita dibulan yg mulia ini akan di berkati olehNYA

Buat ibu-ibu menyusu, semoga susu kita semakin melimpah ruah di bln yang mulia ini. Tingkatkan pengepaman waktu malam, itulah kunci yg paling mujarab :) insyaallah. Disamping minum air lebih, try makan 6kali persessi sepanjang selepas berbuka-sahur.


Dan sempena bulan ramadhan nie, mama nak kongsikan resepi bubur merah bubur putih, petua yang mak yah bagi....amalkan utk perbanyakkan air susu. Boleh simpan buat stok, bila time buka puasa makan semangkuk. Atau hari-hari biasa juga bgs diamalkan utk memperbanyakkan air susu.

Sapa org Johor mesti pandai buat resepi nie, tapi resepi nie mak yah dah ubah sikit, biasanya guna pulut tapi resepi bubur merah mak yah nie guna beras. Kalau ada yg suka makan pulut, ok jerk pakai pulut..cuma pulut nie angin....sebab tu mak yah gantikan dgn beras. Tapi sapa nak cantik, awet mudas pulut bgs di amalkan juga :)

Bahan-bahannya: Beras/pulut, santan 1 biji, gula kelapa/merah 1 batang+daun pandan.

BAHAN-BAHANNYA:
  • Beras/ Pulut (1 pot) ikut citarasa nak buat byk atau sikit
  • Gula merah/gula melaka 1 batang
  • Santan (1 biji kelapa)
  • Daun Pandan
Dah siap....yg putih letak kat atas si merah. Mama guna beras sebab tak suka pulut.

CARA-CARANYA
  1. Basuh beras/pulut. Masukkan air banyak (seperti buat bubur nasi), biarkan ia kembang.
  2. Bila dah kembang bubur tersebut, ambik sedikit asingkan kedalam mangkuk lain
  3. Biarkan lebihan bubur itu diatas api dan masukkan 1 batang gula melaka, biarkan sampai sebati...kemanisan ikut citarasa masing-masing (nak manis/sederhana).
  4. Kacau perlahan-lahan.
  5. Masukkan santan yang sudah diperah, kacau sebati.
  6. Masukkan daun pandan
  7. Kacau hingga sebati.
  8. Tutup api gas dan biarkan ia sejuk seketika.
  9. Packkan setiap satu dan frozenkan.
Siap pack setiap satu, satu hari satu mangkuk, makan time santai...pemanis semasa buka puasa.
Siap frozenkan...bila nak makan bubur merah nie baru keluarkan. Cthnya utk berbuka hari nie, keluarkan masa subuh td, bila ptg dah boleh makan. Mcm style EBM jugak, so bila  difrozenkan tak mudah rosak, tahan lama + sebab dah pack berasingan bila nak makan baru ambik satu.

    6 comments:

    hishammiskiah-family@blogsport.com said...

    kak faiza tau2 nama bubur ni kat kg sy bubur among2 heheheh...istilah org jawa.

    ~SHiLA~ said...

    penah g urut kt makyah.dia pn ade jugak suroh buat bubo ni.tp xbebuat² lg.da ade resipi ni nti bebile leh la try :)

    εïзmmyHazaεïз said...

    mcm best la kmieja... nak try la ... sat lagi nak cari santan :)

    Fiza Rahman said...

    Senang jer buat nya yer kak, bley try nih ☺☺

    Cool said...

    Salam kak meija...:)
    Waaa... Teringin nk mkn bubur nie... Saya tau bubur nie, maklumla org johor... Huhuhu

    Sy selalu buat guna beras gak, dan kalau tima besday mesti buat... Ikut kepercayaan org jawa, ni namanya BUBUR KESYUKURAN...

    Eh, xtau pulak utk tambah susu... 4 next coming bleh guna petua ni.. Thanks kak for sharing..

    fazian.batrisyia said...

    sy pun tak tau bubur ni boleh buat tambah susu ibu. Boleh syorkan kat kawan baik sy yg dlm pantang tu...kesian dia kak...susu tak byk...makcik tukang urut tu pun kata cam tak lama dia dpt susukan bby. Dia pump 1 jam dpt 1oz. Cik B dia tak bengkak langsung, itu dah hari ke 12. Sesiapa yang ada lagi petua boleh share utk bantu ibu2 lain menjayakan penyusuan. Terima kasih.