July 13, 2011

Sayu!

Pagi-pagi dah terasa terharu
Pagi-pagi mama dah mengalirkan airmata
Sayuu bila membaca blog MAWAR http://mawarnafastari.blogspot.com/
Terima kasih dekat Su kerana berkongsi blog Mawar ini :)


Allah menguji kesabaran mawar
Allah mengambil kebahagian keluarga mawar
Siapalah kita untuk menepis segala yang Allah dah tentukan
Semoga MAWAR tabah menghadapi kehidupan baru
Tanpa 'suami' yang di kasihi :(

Allahu akbar...
Semoga aku lebih menghargai kehidupan yang allah beri ini
Bila membaca blog MAWAR, terasa dia terlalu manja,
sama seperti aku...terlalu manja...
bila terlalu manja....anak-anak turut tempiasnya....terlalu manja dengan papanya..

Semua perkara dibuat bersama...tanpa 'dia' hambarlah segala aktiviti
Segala perkara yg berat semua papa buat
segala bill papa yg bayar, segala perkara isirumah semua papa yang handle....
segala-galanya bergantung pada papa...
ooohhh sedihnya bila salah sorang tiada, maka serinya akan hilang...semangat juga hilang......

Ya allah, lindungi kami dalam membesarkan anak-anak
Ya allah, semoga hubungan kami kekal dunia akhirat
Ya allah, semoga kami dapat sehidup semati
Lindungilah KAMI dari segala bala' dan segala penyakit...amin....
Kecuali MATI yang memisahkan...

Tulisan mawar juga buat mama teringat
pernah mama ajukan kata-kata nie sama kpd papa
moga cinta kita bertemu di syurga...sehidup semati...


"Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga."
Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir"




PS: Ooohhh sorry allysha, aliQbal & balQish kerana mama ter emosi seketika..

13 comments:

lia said...

turut emo mcm akak...

Nieza Ishak said...

baca dah blog ni ... dalam bulan lepas kot. sayuuu

Suliana said...

sedih kan...su dah khatam dah :-) blog mawar byk menyedarkan kita erti kasih sayang.. sedih sgt kehlgn org tersyg...

I want to lose weight said...

dedulu.. aku baca blog suami dia ni.. nafastari.. depa ni kan duduk pakistan.. citer pasal kehidupan depa kat sana..

tetiba bila dia kata balik Mesia.. blog tu senyap lama..

tup2 isteri dia wat entry kata suami dia meninggal eksiden.. sedih :(

Amiizaa2001 said...

LIA: :)

NIEJA: sedihhhkannn...kalaou jadik kat aku tak taoulah camner:(:(

SUE: betul sue....terasa mcm dicubit2 bila baca blog mawar ini....keinsafan dtg utk lebih menghargai erti kasih sayang...nak nagissssss rasanya....TQ sue sbb share:)

ZEL: sedihnyaa zel.....tak dapat aku bayangkan dgn anak2 yg msh kecil huhuhuhu

zaidah said...

suaminyer meninggal ketika anak2nyer kecil...memang rasa sedih...

fiza said...

Baru lepas baca...sedih lah.

Shahayu said...

akak pun ada baca blog mawar ni...sedih sangat...

paling sedih bila tengok anak2 dier suma kecik2 lagi.... yang kecik tu pun baru berapa bulan jer masa arwah suami dia meninggal...

sedih sangat.... cekal sungguh mawar tu...kalu kita tak tau la cam mana...

bonda dadif aka akish said...

aduyai..daku pon kene tempiasnye...

lg2 bab2 kematian neh...

sgt sayu!

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

aduhhh sedih nyerrr...tak boleh nak bayang kalau jadi kat kita kan?

Qaseh said...

mmg sayuuuuuu...
takdir menentukan sgalanya...

N i e Z a said...

sedihnyer...terharu dgn citer dia..sayu rsa ati..

Huraizah said...

Waaa... Menangis juga
Kak mija... Sy pun manja dan sentiasa mengharap pd suami... Sedar sekarang, kita kena bersedia dgn semua perkara...:I