July 29, 2011

Diary Bandung:2nd Day Pasar Baru, Toko 3 & Rumah Mode

Itenary Seterusnya:
1). Pasar Baru
2). Toko 3
3). Rumah Mode
4). Dinner Restoran Sederhana

PASAR BARU
Selepas makan dan solat, kita terus ke Pasar Baru. Plannya nak carik kain untuk dibuat baju raya....hehehhe semua org dah siap baju raya, kita baru sibuk mencari kain. Sampai sana cari punya cari, punggah sana punggah sini...tak ada satu pon yg berkenan.....emmmm......beli dua jenis cotton utk allysha+balqish jerk.Ramai sangat orang....dari malaysia, jakarta shopping kat sini. Bagusnya kedai-kedai kat bandung, serve air utk setiap customernya.....bgslah idea mereka, kalaou Malaysia praktikkan sama mcm kedai-kedai kat Bandung kan bagus....setiap org dapat air kotak 'teh botol', mineral water juga. Kalaou 5 kedai pergi, 5 kedai serve benda yg sama.....

Allysha pilih kaler purpple atas sekali...bunga kecik-kecik sesuailah dengan kanak-kanak...nak beli yg kanak-kanak punya telekong dah tak sesuai, tak muat sudah.

Lepas bayar, kita terus cari kedai telekung...emmmm...ocen suggest satu kedai murah, utk telekung, kain ela, kebaya sulam, kita pon dah malas nak jalan byk kedai....sakit kepala tgk ramai org...maka kita tuju jerk tempat yg ocen sugggest. 

Telekong utk travel beli 10keping dlm 100k, mahal ke murah? satu dalam RM10. Kwn-kawan kat sini ada jual dalam RM25, RM35..material sama. Beli telekung sulam untuk allysha berharga RM45, Mama ambik sehelai dalam RM55. 
Haaaa..macam-macam patern amoi letak depan mata.....:)

Seterusnya, pergi ke kedai Kebaya Sulam. Harga memang murah pada pendapat mama..mama beli dlm RM65 sahaja, ambik sehelai jerk...lain-lain tak berminat.
Ada pelbagai jenis.....baju moden pon ada...tp kurang berminat.
TOKO 3

Dah semakin letih.....jam baru pukul 3.00ptg, tp mcm dah suram cuaca kat luar. Duduk Bandung macam terasa lamanya jam berputar.....Seterusnya kita ke TOKO 3, kat sinilah segala jeans pelbagai brand ada, t-shirt branded, T-shirt hardrock pon banyak kat sini. Levis murah separuh harga dari Malaysia.

Jalan sesak...jem.....tuu dia kedai TOKO 3.
Sekarang turn papa plak shopping, mama monitor balqish berjalan sana sini...turun tangga naik tangga. Ali plak berkepit dgn uncle ocen kesana kemari. Legalah jugak...ada org tolong tengokkan kanak-kanak :)


RUMAH MODE

Selepas ke Toko 3, Kita plan ke Paris Van Java, tapi jalannya macet...(jem teruk) sampai tak bergerak, maka terus ke rumah MODE. Misi seterusnya adalah untuk baju-baju kanak-kanak. Semalam misi tak tercapai utk kanak-kanak, maka hari nie misi seterusnya. Jam lebih kurang pukul 6ptg, sudah gelap macam waktu 7mlm kat Malaysia. 

Cari baju kanak-kanak.....papa pilih utk ali, allysha pon pilih baju sendiri pastu nanti mama /papa tgk mana yg ok/or kena reject...tk sesuai. Mama tak boleh nak fokus kat baju-baju balqish, balqish dah semakin letih, dah start buat perangai....menangis nak itu nak ini...mengantuk dah kot...cepat-cepat memilih. Kat sini banyak choices compare kat Jalan Riau.


Seterusnya masa utk dinner plak, Kita dinner dekat Restoran Sederhana, ajak uncle ocen sekali....tapi dia kata dia dapat makan free sebab bawak customer ke Restoran ini. Oklah, kita makan berasingan.Kesian kat supir kan, takk kan nak biar dia makan sendiri....emmm die org berkerja utk makan+ hidup, bukan utk bermewah-mewah mcm kita kat Malaysia. Tiada istilah shopping utk mereka, jauh beza jurang antara rakyat jakarta dgn bandung. Rakyat Jakarta shopping dekat bandung rata-ratanya.

Restoran Sederhana, wahh semakin tak lalu nak makan...rindu masakan malaysia...rindu teh tarik....uhuk uhukkk.. Jumpa beberapa tourist dari Malaysia makan kat sini jugak.
Makanan yg sama jugak, pilih mana satu nak makan, bayar mana yg kita makan sahaja. Allysha sudah mogok tk mou makan...paham dah perangai dia, budak cerewet makan nie......dia request dominozz pizza, maka lepas makan kita ke dominozz tapau bawak balik hotel.
Main-main.....kat sini ada playgrd maka penyelamat utk kanak-kanak leka sekejap.
Dah habis makan, makan ala kadar jerk.....masih berjaga-jaga takut cerry berrry....:)
Dah habis makan, maka ke Dominoz Pizza plak, jam baru pukul 8mlm tapi dah tak larat nak sambung ke Jalan Progo. Maka kita tak jejak ke Jalan Progo. Balik Hotel, rest, esok sambung sikit lagi sebelum balik Malaysia.


Hasil shopping hari nie...esok baru start susun atur. Esok sebelum balik Malaysia, sambung sikit lagi.

3 comments:

eynda said...

Bestnyer kalau boleh shopping kat sana :-)

azura samsuddin said...

kak mieja yg menten cun kecik molek, geramnye zura nengok ;)

Yaati Nor said...

klu tahu blh order telekung..org kata murah kan?