July 29, 2011

Diary Bandung: 2nd Day Tengkuban Perahu

Hari ke-2, Pukul 5pagi dah terjaga....rasa mcm dah lama sangat tidor...sana cerah awal, pukul 8.00pagi dah terasa mcm pukul 9pagi. Breakfast seawal pukul 6pagi, boleh pilih nak masa yang selesa untuk breakfast. Maka mama pilih pukul 7pagi, dihantar ke bilik. Pukul 8pagi, kita dah ready tunggu driver kat Lobby.

Hari ini, perjalanan pertama kita adalah ke Tengkuban Perahu. Plan asal Tengkuban Perahu tak ada dalam itenary, tapi kesian plak dekat allysha...sure dia boring asyik pergi shopping. So, Tengkuban Perahu khas untuk Allysha, mengetahui asal usul sejarah/mitosnya Tengkuban Perahu. Balik dari Bandung, memang dia excited mencari kisah sebenar disebalik cerita anak yang mencintai ibunya sendiri.


Hari ke-2, kita booked Driver untuk satu hari. Banyak buat survey pasal supir sana sini, ambik semua phone number yg ada kat forum, minta Quotation tapi semuanya mahal dan limit sehingga 12jam sahaja. Plan asal nak ambik supir sepanjang di sana...tapi bila survey supirnya sangat mahal tak tidak berbaloi, maka kita lebih selesa free & easy sahaja. Hanya untuk hari ke-2 sahaja kita cuba cari supir untuk ke Tengkuban Perahu. Sampailah  saat-saat akhir, papa jumpa satu blog yang menyediakan supir agak berpatutan harganya.  Quotationnya paling murah compare tokeh-tokeh yang lain. Ownernya juga org Malaysia.

Pada yang plan nak ke Bandung, mama rekemen sangat-sangat LILY 013-3937506. Blognya http://blog.hazmin.net Booked dengan lily, untuk supir satu hari, tiada limit masa dan  puas hati sebab harganya yg berpatutan.


Itenary hari ke-2 adalah seperti:

1). 8.00am -Tengkuban Perahu
2). Lunch - Sangkuriang Restoran
3). Pasar Baru
4). Toko 3
5). Rumah Mode
6). Dinner - Restoran Sederhana

Perjalanannya seperti nak ke Cameron Highland, bila dah semakin hampir....rasa macam nak muntah sebab bau busuk belerang...ala-ala bau telor busuk....cuacanya yg dingin...kanan kiri perkampungan menanam sayur sayuran, pokok teh....

Tempat nie (signboard) nie tumpuan bg tourist yg datang sini.....sapa nak bergambar kat sini datanglah awal pagi...bila dah pukul 11 pagi, keadaaan semakin sesak, nak gambar kat sini pon dah berebut-berebut...sungguh tidak selesa...

Cuaca sangat sejuk, kita sampai awal pagi. Masa sampai tak ramai tourist lagi...tuu yg ramai-ramai adalah penjaja jalanan..kereta pon tak ada...parking pon masih kosong...senang nak bergambar.....bila dah start pukul 11pagi dah penuh parking kat area nie....kereta/bas ekpress semakin ramai yang naik ke sini, cuaca pon dah terasa panas sebb ramai sangat tourist. Pada yang plan nak kesini, datang awal pagi,pukul 7pagi dah boleh bergerak ke sini, sebab perjalanan kesini turun naik bukit.......bila sampai awal, senang nak tengok kawah, nak bergambar pon selesa....privacy sikit. Perjalanan dalam setengah jam insyaallah...kalaou tak ada apa-apa rintangan :)
KAWAH RATU
Inilah dia....ramai sangat yang mengikut, menjaja barang jualan mereka. Paling suka tengok pokok-pokok yang ala-ala togel...disebabkan belerang kuat, pokok-pokok dekat sini semua sepesen togel-togel :)
Keadaaan gerai-gerai di lereng-lereng.....masa nie tak byk kedai buka sebab masih awal pagi, sapa pandai tawar dalam kedai nie boleh dapat harga yg berpatutan. Banyak souvenirs yang unik-unik ada dekat sini. Awal pagi, mereka kata pembuka rezki, maka mereka boleh bertolak ansur.
Kawah Ratu...walaupun cuaca mcm panas...tp masih terasa ala-ala sejuknya jugak. Ada lagi kawah yg lain, perjalanan mengambil masa lebih 1jam untuk turun kebawah....tapi kita tak laratlah, baunya tak tahan.....bushukkkkkk...
Uncle Ocean, dialah supir sepanjang hari ke-2. Ali rapat dgn dia...abiss kena buli ..
Sebelum balik...gambar kat sini sebab suka dengan pokok-pokok renek yg kat belakang tu...unik...disebabkan belerang pokok-pokok tu jadik unik :)
Sempat beli buaian....murah jerk....dalam 50k, berhenti tepi jalan ada banyak peniaga-peniaga jual buaian nie kanan kiri jalan sepanjang di Tengkuban Perahu.
Sepanjang perjalanan.....melalui perkampungan ...salah satu pekan yg masih mengunakan kuda sbg kenderaan mereka...:)



-Sambung lagi Diary Seterusnya-

1 comment:

Yaati Nor said...

bestnya kak..saya tak penah gi luar negara..kecuali thailand..tu pon naik kete..1st time gi penang naik kapal terbang ari tu..mgu depan nak gi Penang naik kapal terbang dgn asben..ikut dia keje dan melawat makcik asben..mak cik asben dah rindu zahra tu..