Hari ke-2, Pukul 5pagi dah terjaga....rasa mcm dah lama sangat tidor...sana cerah awal, pukul 8.00pagi dah terasa mcm pukul 9pagi. Breakfast seawal pukul 6pagi, boleh pilih nak masa yang selesa untuk breakfast. Maka mama pilih pukul 7pagi, dihantar ke bilik. Pukul 8pagi, kita dah ready tunggu driver kat Lobby.
Hari ini, perjalanan pertama kita adalah ke Tengkuban Perahu. Plan asal Tengkuban Perahu tak ada dalam itenary, tapi kesian plak dekat allysha...sure dia boring asyik pergi shopping. So, Tengkuban Perahu khas untuk Allysha, mengetahui asal usul sejarah/mitosnya Tengkuban Perahu. Balik dari Bandung, memang dia excited mencari kisah sebenar disebalik cerita anak yang mencintai ibunya sendiri.
Hari ke-2, kita booked Driver untuk satu hari. Banyak buat survey pasal supir sana sini, ambik semua phone number yg ada kat forum, minta Quotation tapi semuanya mahal dan limit sehingga 12jam sahaja. Plan asal nak ambik supir sepanjang di sana...tapi bila survey supirnya sangat mahal tak tidak berbaloi, maka kita lebih selesa free & easy sahaja. Hanya untuk hari ke-2 sahaja kita cuba cari supir untuk ke Tengkuban Perahu. Sampailah saat-saat akhir, papa jumpa satu blog yang menyediakan supir agak berpatutan harganya. Quotationnya paling murah compare tokeh-tokeh yang lain. Ownernya juga org Malaysia.
Pada yang plan nak ke Bandung, mama rekemen sangat-sangat LILY 013-3937506. Blognya http://blog.hazmin.net Booked dengan lily, untuk supir satu hari, tiada limit masa dan puas hati sebab harganya yg berpatutan.
Itenary hari ke-2 adalah seperti:
1). 8.00am -Tengkuban Perahu
2). Lunch - Sangkuriang Restoran
3). Pasar Baru
4). Toko 3
5). Rumah Mode
6). Dinner - Restoran Sederhana
KAWAH RATU |
Uncle Ocean, dialah supir sepanjang hari ke-2. Ali rapat dgn dia...abiss kena buli .. |
Sebelum balik...gambar kat sini sebab suka dengan pokok-pokok renek yg kat belakang tu...unik...disebabkan belerang pokok-pokok tu jadik unik :) |
Sempat beli buaian....murah jerk....dalam 50k, berhenti tepi jalan ada banyak peniaga-peniaga jual buaian nie kanan kiri jalan sepanjang di Tengkuban Perahu. |
Sepanjang perjalanan.....melalui perkampungan ...salah satu pekan yg masih mengunakan kuda sbg kenderaan mereka...:) |
-Sambung lagi Diary Seterusnya-
1 comment:
bestnya kak..saya tak penah gi luar negara..kecuali thailand..tu pon naik kete..1st time gi penang naik kapal terbang ari tu..mgu depan nak gi Penang naik kapal terbang dgn asben..ikut dia keje dan melawat makcik asben..mak cik asben dah rindu zahra tu..
Post a Comment