July 29, 2011

Diary Bandung: 2nd Day: Restoran Sankuriang

Selepas turun dari Tengkuban Perahu, kita terus kan perjalanan, plan seterusnya pergi lunch. Jam baru pukul 12tghari. Tapi lagi awal, lagi bagus sebab plan seterusnya untuk bershopping plak.  

Lunch dekat Sangkuriang Restoran. Restoran nie papa yang suggest, kalaou ikut itenary nak makan dekat lantai 6, kedai nasi goreng kalimantan. Tapi ok jerk boleh try  restoran nie , restoran nie memang femes  org-org Malaysia suka makan dekat sini. Kawasannya menarik, sejuk jerk, sapa nak duduk makan bermeja kat dalam pon boleh, sapa nak makan bersantai duduk bersila kat dalam pondok pon boleh. Ada surau jugak, zohor dalam pukul 12.00lebih, so lepas makan terus solat. Kat Bandung senang nak cari surau, dalam FO's pon ada disediakan surau...


Untuk anak-anak tak boring, kita pilih untuk makan bersila. Menunya mama + papa  ambik set ikan, ocean set ayam, tambah satu menu gurami bakar dan nasi tambah utk allysha dan ali. Kita belanja ocen makan sekali, kesian dia dah melayan pelbagai kerenah ali :) Ali+allysha+balqish share, share pon tk berapa nak habis makan.  Mula-mula allysha sudah mogok tak maou makan, sebab makan nasi, bila ikan gurami sampai....selera dia terbuka :):)  nasib baik...kalo tak jenuh nak kena cari roti kat dia. Nasinya bau wangi, mungkin itu jadi pembuka selera untuk makan...compare menu Acheh.

BaLQISH bebas bergerak....tengok ikan dalam kolam..

Menu: Set ikan, nasi dalam daun pisang, sambal, tauhu, tempe, ikan kering, ada sup(mcm tomyam) campurannya dalam tu sayur nangka, yg lain2 tak tau sayur apa diletakknya...(mcm ala-ala ayam penyet), sedap jugak.
Habis licin :)
Extra nasi utk Allysha+Ali+balqish. Ikan gurami nie femes kat Bandung, wajib try...ada pelbagai jenis masakan.....kita pilih untuk di bakar, cicahnya dgn kicap pedas.
Masa nie mata allysha dah merah (sakit mata), tapi alhamdullilah hari ke-3 semakin beransur elok.
Ok, masa untuk solat &misi seterusnya ke Pekan Baru.


1 comment:

fazian.batrisyia said...

K Mieja...syoknya shopping sakan. Aqish nampak dah makin besar kan...Shopping raya ke tu? Ikan gurami tu baru sy tau "Ikan Kaloi", betul tak? Pernah dgr kat senetron dulu...bila cari maksudnya ikan kaloi. Sedap ke ikan tu? tak pernah makan....