July 28, 2011

Diary Bandung: 1st Day Dinner + Dse Dago

Diary Bandung: 1st Day (Dinner+Sekitar Dse Dago)

Lepas solat magrib kita keluar semula mencari makan...Jalan kaki jerk dari Hotel sebab dekat dengan Dse Dago. Plan asal nak makan kat Restoran Gampoeng Acheh, jalan kaki jerk dari hotel tapi memandangkan kita nak pergi ke Jalan Dago, maka sekali harunglah cari restoran area Jalan Dago. Magrib dekat Bandung awal, seawal jam 6petang, dah gelap mcm pukul 7-8mlm (waktu Malaysia).


So, Malam itenary kita adalah:

1). Dinner: Simpang Raya Restoran
2). Jalan Dago & sekitarnya (DSE Factory Outlet DLL)

Area Jalan Juanda, Hotel Karmila dekat dengan Hotel Utari, Dekat sini nak cari makan senang sebab ada macam-macam jenis Restoran seperti Restoran Gampoeng Acheh, Simpang Raya, KFC, Dominozz, Pizza Hut, Food Court pula dekat Dkiosk, 2nd Floor, Satu floor dengan Pizza Hut, bersebelahan dengan Hotel Utari. Kedai Runcit+supermarket dekat-dekat juga. Dan Jalan sikit dah nampak Dse Dago. Jalan kaki jerk tak payah naik Taxi/Angkotan Kota.

Restoran Simpang Raya (Restoran Padang)
Mula-mula agak terkejut bila duduk jerk, staff restoran tu hidang semua makanan. Bila tanya macamana nak makan? staff tu kata lauk yang kita pilih sahaja akan di kira. Ohhhh mcm tu rupanya style mereka. Beza antara masakan minang dan padang adalah pada nasinya...kalaou padang nasinya berbau wangi.

sebahagian lauk yang dihidangkan.......ali + balqish makan telor....allysha memang tak makan lauk-lauk pelik nie....dia dah kenyang makan roti+sosej kat hotel tadi. Mama makan sekadar alas perut, berjaga-jaga takut perut tak boleh terima...jdk cerry berry plak.
Lepak kejap...makan jelly...ready nak jalan-jalan ke Dse Dago.

Lepas dinner, kita jalan-jalan ke Dse Dago...suasana malam yang meriah dengan anak-anak yg berhibur ditepi jalan, anak-anak yg meminta sedekah, org-org yg menjual pelbagai jenis brg di tepi-tepi jalan. Jalan masih jem, di waktu malam :) Kanak-kanak memetik gitar di tengah-tengah jalan....

Sekitar Jalan Dago....happening kat sini.....

Pergi FO kat sini...emmmm bolehlah...tak berapa menarik sangat.....baju kanak-kanak so so jerk...

D'kiosk bersebelahan Hotel Utari. Nak makan apa sahaja boleh cari kat sini dan sekitarnya.


Jalan Balik ke Hotel....dah mengantuk+penat mengejar balqish :) Sepanjang tepi jalan nie ada gerai-gerai kecil mereka lepak/makan kat situ.

Dekat sebelah Karmila Hotel ada kedai refill perfume, sapa-sapa yg ada botol perfume yg dah habis pakai/ kosong boleh refill kat kedai nie. Tapi mama pon tak der beli sebab masa sampai sini kedai nie dah tutup.

Gambar dekat sket :):)



Sambung lagi Diary 2nd Day..

1 comment:

εïзmmyHazaεïз said...

wahhhh bestnye bandong..... :)