February 24, 2011

Lobak Putih Tomyam Campur

Bosan asyik menu yang sama...lobak masak air, lobak masak lemak...sesekali tukar cik lobak jadi tomyam :). Tapi kena rebus betul-betul empuk, biar tak rasa pahit dalam tomyam. Bila pahit nanti kill plak rasa tomyam tu....

Semua paksa rela makan lobak putih, banyak khasiat lain selain utk membanyakkan air susu. 


RESEPI MAMA:

Bawang putih/Halia/Cili Kecil (ditumbuk)
Serai (tumbuk/ketuk)
Lengkuas (tumbuk/ketuk)
Bawang Merah/Kuning -besar (di hiris)

Udang/Sotong/Ayam
1 biji Lobak putih/ kuning/ cendawan/ daun ketumbar/daun limau purut


CARANYA:
  • Rebuskan/Masakkan air sampai mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan bwg putih/halia yg sudah ditumbuk. Nak letak cili ikut citarasa, mama tak letak cili sebab anak-anak tk tahan pedas.
  • Masukkan juga ayam, biarkan sampai sebati...mama suka ayam betul-betul empuk, sebab tak suka ayam yg masak sekejap jerk...
  • Masukkan sotong dan udang juga, biar sampai sebati.
  • Masukkan lobak putih, biarkan sampai betul-betul empuk.
  • Bila dah empuk, masukkan pes tomyam+pati kuib ayam.
  • Biarkan ia sampai sebati.
  • Masukkan serai+lengkuas, biarkan lagi sehingga sebati baunya.
  • Masukkan lobak kuning+bawang besar.
  • Dah sebati bawang besar (layu), masukkan cendawan+daun limau purut.
  • Garam secukup rasa.
  • Daun ketumbar sebagai hiasan.
  • Hidangkan.


9 comments:

Aku_tulip said...

kmieja....sedapnya...bole tiru resepi akak...

Amiizaa2001 said...

sila-sila :) masak lebih boleh bwk prg opis....ratah makan tanpa nasi:):)

fazian.batrisyia said...

mcm nak mintak semangkuk jek rasanya...

Zaidah said...

bleh zai tiru resepi tak,....nak buat jugak...

lia said...

kak, mcm senang, saya tiru yer...

nasib anak2 akak yg lain redha jer mkn lobak putih he3...

IbuHannaSyahmi said...

bole try once dh abes pantang nti la..

~ iza ~ said...

akak mmg best..! hehe,sbb bg idea nak masak lobak putih ni..asyik masak lemak je, hubby pun naik kuyu mata.. :p

y@tipruzz said...

ahh tomyam is my feveret, but never thought bley msk lobak putih tomyam! hihi thanx kak for the creative recipe...suke suke!!

wan nurul hezrina abd halim said...

rupanya memang lobak putihnie kita bleh masukkan dalam semua resipi yang biasa ek?pasnie semua masakan nurul wajib letak lobakputih..hikhik