January 19, 2011

Entry Khas Buat ZEL@ Penghasilan & Saluran Susu

Entry nie khas buat Zel, dan juga rakan-rakan seperjuangan.

Zel, yang dalam keadaan bercelaru tadi....jangan bercelaru zel...kena tenang selalu. Sebelum nie dah dapat 6oz, maka tak mustahil boleh dapat lebih dari ini. Jadikan 6oz itu motivasi diri untuk dpt lebih lagi :)

Gambar ini khas untuk ko...bila aku baca blog ko tadi ko kata ko sedang bercelaru....aku terus teringat gambar kat bawah nie.......try ko jadikkan gambar nie sbg motivasi diri setiap kali mengepam dan menyusukan......segala yang -ve akan di bawa terus ke otak, begitu juga dgn +ve. Makanya kita ibu-ibu menyusu sentiasa berfikiran +ve dan gembira...sentiasa sematkan dalam otak kita susu kita cukup/banyak untuk baby. Insyallah, Allah pasti menolong kita :)


Gambar inilah yang menjadi motivasi minda mama setiap kali menyusukan, tak suka dlm keadaan stress, nanti susu lari sebab segala signal akan terus di bawa ke saraf otak. Saraf otak membawa kesaluran Kalenjar Susu.


Artikel di bawah ini aku taip satu-satu dari majalah 2006 dulu. Kalaou selak page belakang-belakang blog nie mesti ko akan jumpa jugak.

SEBAGAI MOTIVASI DIRI SETIAP KALI MENYUSUKAN

Tahukah anda bahawa susu ibu dihasilkan oleh kelanjar mamari (kelanjar susu) di dalam payudara. Fungsi kelanjar mamari dikawal oleh beberapa hormon.Pengetahuan tentang hal ini sangat penting untuk memastikan susu dapat dihasilkan dengan banyak dan cukup untuk bayi.

Kelanjar memari yang matang biasanya mengandungi di antara 15-26 lobus dan setiap lobus ini bolehlah digambarkan sebagai sepohon pokok. Lobus terdiri daripada 20-40 lobulus atau pembahagian kecil. Dalam setiap lobulus pula ada 10 hingga 100 alveolus. Setiap alveolus mengandungi sel-sel epitelium yang berupaya berkembang dengan cepat.

Ini akan menghasilkan tisu kalenjar yang berupaya untuk mensintesi susu pada peringkat laktasi. Untuk pengetahuan, sel epitelium dan sistem saluran susu di selaputi oleh sel mioepitelium. Sel mioepitelium ini peka terhadap tindakan hormon oksitosin dan sistem saraf simpatetik. Dengan ini membantu mengeluarkan susu dari alveolus ke dalam sistem saluran susu.

Semasa hamil, pengaruh hormon terhadap payudara mengakibatkan perubahan yang nyata pada payudara. Pada masa ini, penghasilan estrogen, progestron dan prolaktin meningkat. Tetapi setelah melahirkan hormon tersebut akan menurun secara mendadak. Seterusnya berlakulah rembesan susu. Rembesan susu yang awal, di antara hari di lahirkan hingga hari ke tiga di kenali sebagai kolostrum. Susu yang di hasilkan selepas 4 hari bersalin iaitu di antara hari ke-4 hingga ke-7 dikelaskan sebagai susu transisi. Susu matang pula dihasilkan pada hari kelapan dan seterusnya.

7 comments:

Mama_Fatin said...

ni baguih gak ni utk cik puan siti fatimah nu ha

Mieja@Amiizaa2001 said...

siti fatimah mana? achik tk familiar...hikhikhikhk....ko gielah jdk peer kat dia:)

aida said...

betul tu kak.. saya kalau masa pantang fateh, rasa hampir kalah nak menyusu.. ada je halangan.

tapi kena fikir positif selalu.. dari exclusive ke mixed bfeed pun masih kena positif. sekarang dapat breastfeed full pun, dah syukur sgt-sgt

I want to lose weight said...

:) mana tak celaru wei..
Tetiba nak kena jadi surirumah sepenuh masa..
Kalau dapat gaji takpe jugak..

Hari ni start makan sawi dulu..

OK laa sket..

sekali ngepam dapat laa 2 oz..

Farra said...

lps baca blog ni u ni kan kak, saya berkobar-kobar nak memerah susu! ehehhe :)

bagus sgttt i likee

Mieja@Amiizaa2001 said...

AIDA: kena kuat semangat kan...:)

ZEL: insyaallah mesti boleh....baru beberapa harikan :):) aku sentiasa menyokongmu zel:):)

FARRA:Pam kerap susu tgh banyak tu:):) insyaallah mesti rezki melimpah ruah....amin :)

nursalwa said...

bestnya entry nie kak.. memang memberi semangat n xmo lg stress².. mohon copy di blog sy utk peringatan kepada saya dan kawan² yea kak..