January 3, 2011

Allysha & Persekolahan@ 1st Day 2011

Untuk Allysha,

Tamat sudah cuti-cuti tahunan awak, mama & papa bagi kebebasan sepenuhnya masa cuti sekolah hari tu untuk awak main pelbagai aktiviti.

Maka hari nie hari pertama sekolah bermula, mama harap allysha punya semangat baru, azam baru untuk target tahun 3, 2011. Target belajar bersungguh-sungguh, buat kerja jangan suka tanguh-tanguh, jangan malas, kena rajin selalu kalau nak jadi budak yang berjaya. No more main-main, masa untuk belajar bersungguh-sungguh, dapat result elok, hujung tahun Dec 2011, boleh bercuti sepuas hati lagi.

Allysha dah semakin besar, dah semakin bijak berfikir, buat keputusan guna akal dan fikiran. Buang semua perangai keanak-anakkan ala-ala mcm Balqish....ala-ala macam baby. Awak kena jadi budak yang berani , budak yang boleh berdikari, budak yang pandai menyesesuaikan keadaan walau dimana awak berada.

OK? Target tahun nie top 10/200...boleh? Insyaallah, kena usaha, jangan malas, takmou main-main dalam kelass aaaa? kena rajin, buat yang terbaik!

Mama&Papa sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan, kebijaksaan untuk allysha, amin!

Loves,
Mama & Papa
03-01-2011

Untuk dikenang.....pagi tadi mama sempat snap gambar awak, 1st day persekolahan 2011. Dapat GB baru, sedih GB lama sudah bertukar ke sekolah lain.

Habis perhimpunan, pembahagian kelas untuk darjah 1 belakang sana.
Dengan Izatti, (anak teacher fazril, pengetua kumon area putra permai). Ada taklimat dengan Uztaz untuk tahun 3, 2011.
Uztaz tengah memulakan taklimatnya....semangat baru, azam baru yer allysha!

3 comments:

r|nA @ ja|j|na said...

igt ye allysha, itg pesan mamam untuk belajar rajin²..auntie pon doakan supaya allysha rajin kat sekolah nnti..

So Shy Lady (SSL) said...

sama lah dgn my boboy dah year 3... smua nmpak sronok ye maklumlah serba serbi baru

Zaidah said...

sekolah pandai2 yer allysha...semoga jadik anak yang gemilang n terbilang...