July 14, 2010

Hari Ini...

  • Hari ini...mama telah kehilangan 2 sessi pengepaman: 2am dan 6am pagi td, sebab tak sedar nak bgn, tak sedar bunyi jam...sedar-sedar dah pukul 6.45am.
  • Hari ini mama berfikir dan berbincang dgn papa pasal allysha...emmm, semakin besar semakin banyak cabarannya pulak untuk guide dia dalam semua hal...moga dipermudahkan... insyaallah.
  • Hari ini juga....seorg rakan karib menelefon utk bertanyakan pendapat utk membawa isteri dan bayinya balik kerumah mereka sendiri (msh dlm pantang), semoga kau tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan semasa dalam pantang, selamat menjaga isteri & bayimu yg comel itu. Dengan harapan, isterimu berjaya untuk menyusukan bayinya...kena kuat semangat, kena kuat mencuba @ kerap bg bf kat bayi, kena kuat mengepam.....dan cepat-cepat sembuhkan nipple yg crack itu.
  • Hari nie mama telah membuat keputusan untuk menutup fp anak-anak mama dengan rasminya...sebab sudah semakin lama tk ber update.....kesian kat Balqish, mama langsung tak update pasal perkembangannya kat fp....maka fp itu akan menjadi kenangan, akan menjadi rujukan anak-anak mama bila mereka memerlukan....banyak kisah mereka disana....
  • Hari ini juga mama akan continue bercerita tentang anak-anak mama, perkembangan mereka, pembesaran mereka....segala-galanya di sini.....

  • Dan untuk anak-anak mama, mama&papa sayang kalian bertiga allysha,aliqbal&balqish, semoga mama &papa dipanjangkan umur supaya dapat membesarkan kalian....insyallah. 

  • Dan buat allysha, hargailah segala yg papa & mama dah berikan kepada allysha...segala-galanya untuk awak!

      • Mama & papa loves u banyak sangat! 


          2 comments:

          fazian.batrisyia said...

          Moga mama tabah lagi kuat semangat membesarkan anak-anak. Mmg tak dinafikan byk cabaran & dugaan bila umur anak meningkat. Saya juga dapat rasakannya, Irdina sekarang dah 5 thn...kdg2 pening juga fikirkannya

          adha said...

          kak mija..
          comel la dia bukak peti ais tu.. hik3..
          mujur anis tak pandai bukak lagi...

          kita anak sorg ni pun mcm2 peel.. hhii penin