July 26, 2010

"Biar Susu Kejar Kita, Jangan kita Mengejar Susu"

Perlu mama terangkan, jelaskan.... kata-kata di atas tidak terdapat di mana-mana artikel penyusuan. 

Ayat di atas adalah 'motto' saya untuk sentiasa bersemangat mengepam sepanjang masa. Selain daripada 5 kunci utama yang saya pegang untuk sentiasa bersemangat dalam penyusuan juga. Dan adakalanya saya kongsikan 'kata-kata/motto' saya untuk rakan-rakan tersayang saya.

"Biar Susu Kejar Kita, Jangan Kita Mengejar Susu"
  • Jangan ada yang mencari, mengkaji, mempertikaikan pula mana datangnya ayat-ayat seperti tajuk di atas daripada mana-mana artikel penyusuan. Sama sekali tidak akan ada/jumpa ayat sprt di atas.
  • Apa pandangan terhadap kata-kata di atas, terpulanglah kepada individu itu sendiri utk mentafsirkannya.

Ayat di atas adalah hak milik saya, 'motto' saya, motto kekuatan dalam diri saya, motto kekuatan utk anak-anak saya yg masih menyusui ibunya, motto untuk terus mara mengejar impian sehingga ke usia 2 tahun..selagi ada susu, selagi itulah kita perlu berusaha untuk mencapai target hingga ke hujungnya...sentiasa berusaha, tidak mudah terleka..insyallah....sekali terleka maka sakitnya akan bertimpa-timpa rasanya....



1 comment:

Momma Mia said...

nice moto tuh.. caya lah..
i like it!!
gambate!!