December 15, 2009

Khas untuk MR

Khas utk MR, asyik teringat kat ko jerk nie....harus aku tulis kat sini, sebab aku sayangkan kengkawan bf dan seangkatan dgnnya :)
MR, selain ko mengepam, cuba amalkan surah al-baqarah ayat 60.
(setiap kali ko terdetik nak baca, ko baca niat utk diperbanyakkan susu juga selepas solat). Allah maha mendengar permintaan kita kan :) niat yg suci, insyaallah.
Tengok kat blog ko, ada peningkatan hasil pengepaman, ko kena kuat semangat.
Semangat untuk bangun malam, semangat mengepam......malamlah susu merangsang jadi banyak, semakin kerap ko rangsang, semakin kerap susu akan membengkak.
Ada setengah org kata, tak per tak payah pam......sebb baby dah hisap. tapi bayangkanlah hisapan baby diwaktu malam, berapalah sangat....setakat 4-5 hisapan, baby pon terlena semula. Kalau dibandingkan pengepaman yg selari diwaktu malam, paling sekejap dlm 15min-1/2jam. Dan bila pengepaman selari, maka cepatlah susu penuh semula bila dah kosong. Disamping cuba ajar ashraf menyusu waktu malam, setiap hari. makin kerap, mungkin boleh merubahkan ashraf suka kat nenen mama. Pemakanan yang membanyakkan susu. Jus pengaga, jus lobak putih+merah, horlik, cheese, dll. Last sekali, urutan urat susu sebulan sekali.

No comments: