August 14, 2009

3 (P)

Apa 3P? nie pembakar semangat mama....mama gelarkan dia 3P (pemakanan, pengepaman & pengurutan),ingat 3P nie buat mama sentiasa bersemangat untuk mementenkan ketiga-tiganya.

PEMAKANAN
Pemakanan sangat-sangat penting, apa yang ibu makan ia sangat berkait rapat dgn zat yang akan dapat kpd baby.
  • kenapa baby sentiasa lapar dan suka bergayut lama? ia berkait rapat dengan susu kita, berzat ke pemakanan yang kita ambil? Setiap apa yang mama makan, mama kena fikir dahulu, berzat ke makanan yang mama ambil untuk balqish minum? Pemakanan sangat-sangat penting utk kita mengambil kira segala zat yang terkandung dalam pemakanan yang kita ambil. Bila tengok makanan, ingat kat balqish......bila tgk makanan, pikir dulu....ada zat ke makanan nie???...
  • kenapa baby berat tak naik (kg) banyak? Ini terjadi kat Balqish, berat balqish utk 2 bulan nie naik kurang 1kg. Dr. kata zat dalam susu mama agak kurang. Maka pemakanan yang betul sangat-sangat dititik beratkan. Berat lahir 3.6kg, berat 1 bulan 4.9kg, berat 2 bulan 5.7kg, timbang satu minggu selepas itu 6kg.
  • Pengambilan pemakanan 6 kali dalam satu hari. Ini yang laktasi suggest sebelum keluar hospital. Mama pegang kata-katanya, Pemakanan yang kita ambil sangat penting untuk membina zat dalam badan baby. Segala zat yang mengalir keibu akan terus kebaby, bermakna kita perlukan zat yang lebih untuk baby dan ibu.
  • Supplement juga membantu kita.
  • Susu (EBM) pekat atau cair ia juga penting.

PENGEPAMAN


Mentenkan pengepaman, insyaallah susu akan sentiasa meriah hingga ke 2 tahun.
  • Hormon akan sentiasa alert bila kita mengepam di waktu malam, maka permintaan susu akan sentiasa banyak untuk baby.
PENGURUTAN
Ada setengah orang tak percaya pasal mengurut, tak per....setiap org ada pendapat masing-masing. Tapi mama percaya, dengan mengurut boleh membantu melancarkan perjalanan susu kita, urat-urat yang tersimpul berjalan lancar bila dah diurut. Urat-urat susu bukan sahaja terletak kat breast, tapi ia juga terletak di bawah lengan dan belakang.

Cuba kita perhatikan, kenapa dekat sesetengah mesin pam ada sistem letdown? sebab ia salah satu untuk memassagekan breast kita bila kita mengepam tak ada rangsangan/letdown.

Tapi tak semua tukang urut pandai mengurut urat susu, maka hati-hatilah mencari yang pandai mengurut ibu susu tu.



No comments: