March 11, 2009

Mulut Bayi Juga Perlu di Bersih

Mulut bayi juga perlu di bersihkan dengan kerap, kerana mulut paling mudah dimasukki pembiakan bakteria.

Jadi sebelum menyusui, jangan lupa untuk selalu mencuci tangan dan puting payudara. Bersihkan dengan kapas yang di basahi dengan air suam atau basuh dengan air susu kita kerana air susu mempunyai bahan anti kuman.

CARANYA UNTUK MEMBERSIHKAN MULUT BAYI

  • basah kain agak kasar seperti kain lampin dengan air suam. Lalu balut kain yang di basahkan tadi pada jari telunjuk mama. Letakkan bayi dalam keadaan berbaring. Atau lebih mudah, letakkan bayi di peha papa atau di peha mama. Kemudian lap sekeliling mulut luar iaitu pada bibir dan sekitarnya.
  • dengan bantuan jari mama, buka mulut bayi kemudian gosok perlahan-lahan gusi mulai dari bahagian belakang atas hingga ke depan dan terus kesebelah bertentangan. Setelah selesai bersihkan gusi bhg bawah dari belakang hingga ke hadapan.
  • jangan lupa untuk membersihkan lidah. Lakukan mulai dari pangkal lidah dan gosok ke hadapan. Tapi ingat, jangan gosok lidah terlalu dalam takut si kecil rasa loya dan muntah.
  • selain menggunakan kain, boleh juga menggunakan silikon yang di jual khas untuk membersihkan mulut bayi. caranya sama: dengan memasukkan jari telunjuk ke dalam sarung yg disediakan.
  • untuk lebih mudah, selepas menyusui berikan bayi air putih suam. Cara ini sama seperti membilas mulut.
  • tujuan utama, membersihkan bahagian mulut bayi adalah untuk memastikan oralnya terjaga.Hal ini dapat dilakukan dengan mudah lebih-lebih lagi jika kerap melakukankannya.
  • membersihkan lidah dapat mengawal timbunan selaput putih yang kerap menyerang mulut bayi. Lazimnya bahagian yang kerap diliputi selaput adalah di kawasan mulut, bibir, bahagian dalam pipi, lelangit dan lidah. Jika tidak dibersihkan dengan segera, lidah boleh menjadi sakit dan anak mungkin sukar menghisap susu.
  • selaput putih susu ini juga tidak akan menyebabkan tumbuhnya bakteria kerana sprt yang dicatatkan, susu ibu mempunyai anti kuman. Berbeza dengan susu formula, kuman mungkin boleh masuk ke mulut bayi. Sisi susu formula ini boleh menyebabkab kuman candida albicans di bahagian mulut.
  • jika kuman mula tumbih, mulut anak akan kemerah-merahan dan ada kalanya boleh brdarah. Dan yang paling penting, susu ibu tidak akan menyebabkan mulut bayi dikunjungi kuman.

2 comments:

afzan ismail said...

Perkongsian yg sgt membantu saya, masih tak pandai jg kebersihan oral bayi..sdg mencuba, inshaAllah!

faezah jalil said...

sepanjang saya menyusukan bayi belum pernah ada masalah lidah berkerak susu yang kronik, Alhamdulillah..bile tgk baby yang suffer dengan kulat tu rasa seksanye tengok..

nice info sharing!

Thanks! :D