January 15, 2009

Penghasilan Susu Ibu



Saraf otak membawa ke saluran kelanjar susu.

Dah lama mama nak share berkenaan dengan penghasilan susu ibu nie, tapi masa tak mengizinkan. Cuma mama selalu war-warkan kat forum (cari) masa mama aktif kat sana dulu, kesan dari penghasilan susu ibu ini.

*********************************************************
Tahukah anda bahawa susu ibu dihasilkan oleh kelanjar mamari (kelanjar susu) di dalam payudara. Fungsi kelanjar mamari dikawal oleh beberapa hormon.Pengetahuan tentang hal ini sangat penting untuk memastikan susu dapat dihasilkan dengan banyak dan cukup untuk bayi.

Kelanjar memari yang matang biasanya mengandungi di antara 15-26 lobus dan setiap lobus ini bolehlah digambarkan sebagai sepohon pokok. Lobus terdiri daripada 20-40 lobulus atau pembahagian kecil. Dalam setiap lobulus pula ada 10 hingga 100 alveolus. Setiap alveolus mengandungi sel-sel epitelium yang berupaya berkembang dengan cepat.

Ini akan menghasilkan tisu kalenjar yang berupaya untuk mensintesi susu pada peringkat laktasi. Untuk pengetahuan, sel epitelium dan sistem saluran susu di selaputi oleh sel mioepitelium. Sel mioepitelium ini peka terhadap tindakan hormon oksitosin dan sistem saraf simpatetik. Dengan ini membantu mengeluarkan susu dari alveolus ke dalam sistem saluran susu.

Semasa hamil, pengaruh hormon terhadap payudara mengakibatkan perubahan yang nyata pada payudara. Pada masa ini, penghasilan estrogen, progestron dan prolaktin meningkat. Tetapi setelah melahirkan hormon tersebut akan menurun secara mendadak. Seterusnya berlakulah rembesan susu. Rembesan susu yang awal, di antara hari di lahirkan hingga hari ke tiga di kenali sebagai kolostrum. Susu yang di hasilkan selepas 4 hari bersalin iaitu di antara hari ke-4 hingga ke-7 dikelaskan sebagai susu transisi. Susu matang pula dihasilkan pada hari kelapan dan seterusnya.

4 comments:

Unknown said...

Salam..

Saya ingin meminta izin untuk mengambil maklumat berkaitan ini untuk diletakkan di dalam blog saya. Saya akan meletakkan nama mama serta blog mama sebagai rujukan saya untuk entri ini. Harap diizinkan..

terima kasih

Mieja said...

UMMI HAYFA: sila-sila...dialu-alukan....ilmu kena dikongsikan bersama:)

teacher bonda said...

kak..nk mintak izin gk nk amek info akk nih ltk kt blog..utk peringatan diri sndiri n rakan2 lain..
blh eh kak..:)

mama batrisyia said...

nice blog.. sudi2kan singgah ke blog saya www.mama-batrisyia.blogspot.com