January 17, 2009

Pasal StemCell / Darah Tali Pusat

Umbilical Cord Blood-StemCell / Darah Tali Pusat.

Hari nie mama ada appointment dengan Tok Mid. Tok Mid tu sapa? Gynae mama iaitu Prof. Dr. Datuk Hamid Arshad. Allysha & ali Iqbal panggil atok, sebab tok mid masih ada talian saudara dengan nenek & family belah mama (mak mama).

Berbalik kepada stem cell, mama memang plan nak ambik stem cell bila baby ke-3 nie di lahirkan. So, semalam 16-01-2009 ada monthly checkup dengan tok mid, mama tanya berkenaan dengan stem cell sama ada tok mid ada tak JV dengan mana-mana company yang mengendalikan stem cell nie.

Atas nasihat dan penerangan tok mid, dia nasihatkan agar tak terpedaya dengan package yang di tawarkan. Tok mid kata ada banyak benda lagi yang papa & mama boleh buat dengan duit yang nak di laburkan ke stem cell. Untuk register stem cell sahaja dah RM5k, bila kita nak ambik/pakai kena bayar procedur RM30k, itu belum proses dan pelbagai fees yang lain.

Tok mid kata tak payah membazir dengan stem cell. Laburkan duit tu ke simpanan anak-anak. Ada banyak cara lagi kalau anak-anak kita sakit (nauzubillah, jauhkanlah). Mereka pandai marketing sahaja, tapi hasilnya belum tentu lagi.

Ohhhh terima kasih pak mid, nasiblah mama bertanya kat pak mid dulu....kalaou tak sure dalam kerugian.

No comments: