January 23, 2009

PANDUAN: Memulakan Penyusuan

Petikan daripada PA@MA, 2006. Untuk rujukan kita bersama)

Memulakan Penyusuan Susu IBU:


KETIKA HAMIL
  • Pilihlah hospital yg mengalakkan penyusuan susu ibu untuk melahirkan.
  • pastikan anda mendapat seberapa banyak maklumat berkaitan susu ibu dan hal-hal yang berkaitan. Oleh demikian, anda digalakkan agar menghadiri antenatal kerana banyak ilmu yg akan anda peroleh daripadanya dan yang pentingnya, kelas tersebut anda menekankan tentang pentingnya susu ibu kepada bayi. Ketika nmenghadiri kelas tersebut, pastikan pasangan turut serta supaya masing-masing ada ilmu tentangnya.
  • dalam masa yang sama, jaga payudara anda sebaik mungkin semasa hamil. Elakkan drpd menggunakan sabun yg boleh mengeringkan kulit sekitar payudara sekurang-kurangnya sekitar dua bulan sebelum melahirkan dan semasa menyusukan bayi.
SEMASA MELAHIRKAN
  • sebaiknya-baiknya susukan bayi anda sejurus selepas dilahirkan. Jangan tunggu lama-lama.
  • kalaou boleh cuba elakkan diri daripada mengambil sebarang bantuan semasa melahirkanseperti ubat penahan sakit, induksi atau pencepat kelahiran yg akan menghalang anda menyusukan bayi secepat mungkin.
  • minta bayi terus diletakkan bersama anda selepas dilahirkan.
SELEPAS DILAHIRKAN
  • pastikan anda menyusukan bayi dalam tempoh sejam selepas dilahirkan.
  • elok sangat jika bayi sentiasa ada bersama anda
  • susukan bayi anda sekerap yg mungkin iaitu mengikut kemahuannya. Untuk pengetahuan, bayi anda mungkin akan menyusu diantara 8 hingga 14 kali dalam tempoh 24 jam dan jangka masa penyusuan adalah di antara 15 hingga 45 minit.
  • ketahuilah bahawa penyusuan susu ibu secara ekslusif ialah penyusuan tanpa bantuan susu formula atau air. Jika bayi anda sukar ataupun tidak pandai menyusu dengan betul, bantu dia dan berikan galakkan dengan sentiasa beri dia payudara anda supaya dia belajar.
  • memberi anak minum susu ibu pada waktu malam berupaya merangsang payudara menghasilkan lebih banyak susu.
  • cukupkah susu ibu untu bayi? hal ini anda tidak perlu risau kerana lebih banyak bayi minum susu, lebih banyak susu akan dihasilkan.
  • semasa menyusukan bayi, pastikan puting payudara anda benar-benar masuk ke dalam mulutnya supaya dia dapat menghisap susu dengan cara yg betul.
KOLOSTRUM
  • kolostrum ialah susu yang mula-mula keluar daripada payudara ibu semasa hamil trimester ke-3, dan pada hari pertama selepas bersalin.
  • biasanya jumlahnya sangat sedikit, dianggarkan kira-kira 5ml-10ml, umumnya perut bayi mampu menampung cecair sekitar 7ml - 15ml.
  • kolustrum ini sangat penting untuk semua bayi terutama pada peringkat awal kelahirannya kerana kandungan khasiatnya yg tinggi.
  • kolostrum sangat kaya dengan antibodi yg membantu menjaga bayi dan pada masa yang sama membantu pergerakan usus.
  • kolustrum juga mengurangkan kemungkinan serangan demam kuning kepada bayi baru lahir.
BEKALAN SUSU IBU
  • biasanya susu ibu mula keluar dengan banyak diantara tempoh dua-tiga hari selepas bersalin.
  • di antara hari ke-3 hingga 10, susu ibu yang di hasilkan adalah campuran antara kolostrum dan susu ibu sebenar.
  • selepas susu ibu dibekalkan sepenuhnya, bayi anda akan menerima susu yg lebih cair, pun begitu ini tidaklah bermakna khasiatnya semakin menurun.
  • semasa menyusukan anak mulakan dengan sebelah payudara dan biarkan dia berhenti sendiri sebelum menukarkannya kepada payudara yg sebelah lagi.
  • lazimnya, sekitar 4-6 minggu diperlukan untuk menstabilkan bekalan susu ibu.

HINDARI MASALAH AWAL PENYUSUAN
  • anda perlulah melakukan penyusuan secara ekslusif bagi memastikan bekalan susu sentiasa mencukup untuk anak.
  • setiap kali bayi menyusu, periksa puting payudara anda, adakah putih betul-betul masuk kedalam mulut bayi supaya dia dapat bekalan susu yg mencukupi.
  • adakalanya, penyusuan ibu menyebabkan payudara anda rasa sakit terutama pada peringkat awal, jika pipi bayi berlekuk atau ada bunyi semasa dia menyusu, mungkin lidahnya tersalah posisi.
  • untuk menyelesaikan masalah ini, berhentikan penyusuan dan betulkan posisi puting payudara anda dalam mulut bayi.
  • pada masa yg sama, periksa juga keadaan payudara anda untuk memastikan ia berkedaaan baik. Jika lukam segera mendapatkan rawatan untuk mengelakkan masaah bertambah buruk.
  • dalam tempoh 2-3 hari selepas bersalin, anda akan mendapati payudara membengkak, berdenyut-denyut dan berketul-ketul. Semua ini membuatkan anda rasa tidak selesa. adakalanya bengkak yg anda alami melarat hingga ke bawah lengan. Akibatnya anda mungkin mengalami demam ringan. Jika berlaku, jgn risau masalah ini tidak akan berpanjangan.
  • untuk meredakan bengkak pada payudara, gunakanlah pek sejuk (cold pack). Letakkan pek tersebut pada payudara anda selama 20-30minit. Dan jika anda berada di tempat yg bersuhu sejuk atau anda tidak tahan sejuk, gunakanlah pek panas/tuam dgn tuala panas utk kira-kira 5-10 minit. Dalam masa yg sama urut lembut payudara dan keluarkan susu yg diketagorikan sbg terlebih utk melembutkan aerola.
  • bagi mengelakan pembaziran susu, galakkan bayi menyusu ketika ini. Sekiranya payudara masih kurang selesa selepas bayi menyusu, letakkan helaian kubis yg sejuk pada payudara anda selama 20-30minit.
NOTA:
  • Bayi yang cukup minum susu secara umumnya perlu di tukar lampin di antara 5-6 kali sehari. Manakala bayi akan membuang air besar sbyk 3-4 kali dlm tempoh 24 jam.





No comments: